- Details
- Written by Administrator
- Category: Rakan Perpustakaan
- Hits: 304
Misi
Menjadi kelab yang mampu bersaing dengan kelab atau persatuan didalam politeknik
Visi
Melahirkan generasi muda yang berkepimpinan dari segi ilmu dan keperibadian diri
Moto
"Ilmu pencetus insan yang berwibawa"
Objektif Penubuhan:
- Membimbing pelajar kearah kecekapan dalam mengendalikan tugas sebagai ahli rakan pustaka ketika aktiviti dianjurkan
- Mendedahkan pelajar kepada ilmu pekerjaan diperingkat awalan terutamanya didalam bidang perpustakaan
- Memupuk nilai murni, kesefahaman,toleransi dikalangan ahli yang berbilang kaum dan agama
- Menjalinkan kolaborasi diantara kelab rakan pustaka seluruh politeknik
- Melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti serta mampu berdaya saing dari pelbagai aspek serta mencungkil bakat dan minat.
Perancangan Aktiviti:
- Merancang 3 aktiviti setahun yang merangkumi kerja dalam berpasukan (team building), projek CSR (social response team) dan tautan kasih (sambutan bulan kelahiran ahli)
CSR:
- bertujuan untuk mempraktikkan tanggungjawab dalam khidmat masyarakat
- melahirkan insan yang prihatin dan peka terhadap keperluan sosial dalam masyarakat atau komuniti
- Memupuk semangat sukarelawan dikalangan ahli
TEAM BUILDING:
- Memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan.
- Membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, kepimpinan dan pemikiran kreatif
TAUTAN KASIH:
- Kelab akan menganjurkan sambutan bulan kelahiran bagi meraikan hari kelahiran ahli kelab sebagai tanda menghargai sumbangan dan penyertaan dalam kelab rakan pustaka
- Mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli kelab rakan pustaka
- Details
- Written by Super User
- Category: Rakan Perpustakaan
- Hits: 1935
- Details
- Written by Super User
- Category: Rakan Perpustakaan
- Hits: 2251
Unit Perpustakaan menganjurkan satu aktiviti "Program We Read We Explore Zoo Taiping & Muzium Perak" untuk Rakan Perpustakaan Semester Disember 2017 pada 30 Januari 2018 (Sabtu) bertempat di Zoo Taiping & Muzium Perak. Seramai 51 ahli Rakan Perpustakaan dan 5 orang staf Perpustakaan mengambil bahagian dalam program ini.