17 Januari- Perpustakaan Politeknik Seberang Perai merupakan nadi utama yang berfungsi sebagai hub rujukan bagi sumber maklumat berkaitan akademik dan bukan akademik. Usaha ini jelas berpaksikan kepada agenda mengarus perdanakan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga PSP.

 Menyedari keperluan semasa, Perpustakaan PSP telah memulakan langkah mendigitalkan bahan-bahan rujukan dan mendapatkan bahan rujukan digital daripada pengkalan data dan sumber terbuka yang dibenarkan. Semua maklumat tersebut telah disimpan secara atas talian dan boleh di akses melalui Portal Perpustakaan PSP melalui laman sesawang Politeknik Seberang Perai.

 Dalam hal ini, amatlah penting bagi semua kakitangan unit perpustakaan menyedari tentang kepentingan dan keperluan pendigitalan bahan di dalam perkhidmatan, khususnya di perpustakaan akademik. Satu lawatan penanda aras telah dibuat bagi mendekati dunia digital dalam perkhidmatan perpustakaan di Penang Digital Library. Seramai 7 orang staf Unit Perpustakaan telah menyertai lawatan ini. Apa yang menarik dalam sesi lawatan ini adalah pengenalan kepada sistem yang boleh digunapakai dalam perkhidmatan di perpustakaan yang mendekatkan jurang pemikiran perkhidmatan tradisional kepada pendigitalan.

 Walaupun Penang Digital Library merupakan sebuah perpustakaan awam, namun kepelbagaian aplikasi dan penyediaan repositori bahan masih boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan semasa Perpustakaan PSP. Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

 

Staf Perpustakaan PSP Bersama staf PDL

Lawatan ke ruang akses maklumat yang terdapat di PDL