7 Mac 2024 : Unit Perpustakaan Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan Bengkel Literasi Maklumat / Library Skill 2024 kepada pelajar-pelajar dari Jabatan Perniagaan. Tujuan bengkel diadakan adalah bagi mendedahkan pengetahuan dan kemahiran pencarian maklumat yang betul melalui kaedah dan sistem yang digunapakai. 

Bengkel berkenaan dijalankan di Bilik Seminar Jed, dan disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan PSP, Hajah Noor Liza bt Hasbullah juga dibantu oleh YM Raja Azril bin Raja Aziz.