19 Oktober - Perpustakaan PSP telah melalui beberapa fasa peralihan dan tambah baik sistem termasuklah perkhidmatan, aktiviti dan tadbir urus. Bagi mengekalkan momentum yang baik, Perpustakaan PSP telah menganjurkan Program Kembara Ilmu ke Perpustakaan Al-Khawarizmi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah. Seramai 9 orang kakitangan Unit Perpustakaan dan pelajar latihan industri UiTM Kedah terlibat dalam program ini.

 Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk berkongsi idea, membina jaringan kolaborasi sekaligus memelihara hubungan kerjasama antara staf ke arah meningkatkan ilmu baharu dalam perkhidmatan. Antara matlamat utama yang berjaya dibentuk dalam program Kembara Ilmu ini adalah dari segi penambahbaikan sistem pengurusan dan tadbir urus perpustakaan, pelaksanaan EKSA dan cambahan idea tentang penganjuran aktiviti dan Kelab Rakan Perpustakaan.

 Selain itu, pendedahan ilmu kepada amalan-amalan terbaik dalam pendigitalan bahan dan sistem perkhidmatan kaunter cemerlang telah berjaya disesuaikan sekaligus diharapkan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada warga PSP. Program kali ini bukan sahaja dapat membantu kakitangan Perpustakaan PSP malah memberi ruang dan peluang kepada dua orang pelajar latihan industri daripada Universiti Teknologi MARA Kedah untuk membuat pemerhatian dalam sistem pengurusan terbaik sektor perpustakaan.

 

 

Taklimat berkenaan perkhidmatan sirkulasi

Staf Unit Perpustakaan PSP Bersama staf Unit Perpustakaan PTSB