9 November – Program Latihan Sistem Perpustakaan Bersepadu (ILS KOHA) telah

dijalankan selama 2 hari bermula 6 hingga 8 November 2023 di Cititel Hotel, Pulau Pinang. Program latihan ini merupakan latihan persediaan mengikut zon POLYCC sebelum pelaksanaan Sistem Perpustakaan secara Berpusat, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (POLYCC Malaysia) dilancarkan.

 Seramai 5 orang staf PSP telah hadir dengan jayanya ke latihan khas ini dan persediaan di peringkat Perpustakaan PSP telah dibuat secara berperingkat baik dari aspek perkhidmatan dan juga persediaan fasiliti bagi naiktaraf sistem oleh unit ICT.

 Latihan khas ini telah disampaikan oleh Syarikat Lemonjar Software dan kesemua modul-modul dalam sistem bersepadu perpustakaan telah dilaksanakan secara hands-on. Seusai latihan selama 2 hari, para peserta dikehendaki menduduki ujian penilaian pemahaman bAGI pengendalian sistem ini. Wakil dari PSP telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam ujian yang telah dijalankan itu.

 Projek khas ini ke arah melestarikan pendigitalan dalam sektor perpustakaan akademik di seluruh POLYCC Malaysia sekaligus menyediakan satu platform rujukan bahan secara bersepadu di antara perpustakaan bagi seluruh POLYCC Malaysia.

Wakil Perpustakaan PSP dan Unit ICT tekun mengikuti latihan

hands-on sistem KOHA

Usai menjawab soalan ujian latihan dengan pencapaian yang tinggi