Misi

Menjadi kelab yang mampu bersaing dengan kelab atau persatuan didalam politeknik

Visi

Melahirkan generasi muda yang berkepimpinan dari segi ilmu dan keperibadian diri

 Moto

"Ilmu pencetus insan yang berwibawa"

 

Objektif Penubuhan:

  • Membimbing pelajar kearah kecekapan dalam mengendalikan tugas sebagai ahli rakan pustaka ketika aktiviti dianjurkan
  • Mendedahkan pelajar kepada ilmu pekerjaan diperingkat awalan terutamanya didalam bidang perpustakaan
  • Memupuk nilai murni, kesefahaman,toleransi dikalangan ahli yang berbilang kaum dan agama
  • Menjalinkan kolaborasi diantara kelab rakan pustaka seluruh politeknik
  • Melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti serta mampu berdaya saing dari pelbagai aspek serta mencungkil bakat dan minat.

 

Perancangan Aktiviti:

  • Merancang 3 aktiviti setahun yang merangkumi kerja dalam berpasukan (team building), projek CSR (social response team) dan tautan kasih (sambutan bulan kelahiran ahli)

 

CSR:

  • bertujuan untuk mempraktikkan tanggungjawab dalam khidmat masyarakat
  • melahirkan insan yang prihatin dan peka terhadap keperluan sosial dalam masyarakat atau komuniti
  • Memupuk semangat sukarelawan dikalangan ahli

 

TEAM BUILDING:

  • Memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan.
  • Membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, kepimpinan dan pemikiran kreatif

 

TAUTAN KASIH:

  • Kelab akan menganjurkan sambutan bulan kelahiran bagi meraikan hari kelahiran ahli kelab sebagai tanda menghargai sumbangan dan penyertaan dalam kelab rakan pustaka
  • Mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli kelab rakan pustaka