1 Oktober - Politeknik Seberang Perai merupakan institusi pengajian tinggi awam berlatarbelakangkan teknikal yang telah ditubuhkan pada 1 September 1998.  Sepanjang penubuhannya, PSP telah berjaya melaksanakan fungsi dan peranannya dalam melahirkan graduan TVET yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri sekaligus berjaya bidang kerjaya masing-masing.

 Pihak Perpustakaan PSP telah menjalankan satu lakaran memori dan kenangan melalui Pameran 25 tahun Politeknik Seberang Perai di Galeri Nilam Sari, Perpustakaan PSP. Pameran ini telah dilancarkan bersama program Coffee Table Bersama Alumni dan dimeriahkan lagi dengan jemputan hampir kesemua mantan pengarah PSP, pengurusan dan semua barisan yang terlibat di dalam penubuhan PSP pada tahun 1998 yang lalu.

 Pameran berjaya mengimbau hampir kesemua kenangan, sorotan kejayaan, pengikttirafan, kolaborasi dan pelbagai kisah menarik suka duka dalam mengorak langkah mencapai 25 tahun pengoperasiannya. Semoga cerita-cerita ini akan disimpan rapi sebagai khazanah perpustakaan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.