Pihak Perpustakaan Politeknik Seberang Perai telah menganjurkan tiga slot Bengkel Literasi Maklumat & Library Skill pada 22/8/2024, 2/9/2024 dan 4/9/2024 kepada pelajar-pelajar dari Jabatan Perdagangan. Taklimat dijalankan secara atas talian dan juga secara fizikal di Bilik Akses Digital Perpustakaan Politeknik Seberang Perai. Ketiga-tiga slot ini disampaikan oleh Penolong Pustakawan Perpustakaan PSP, Puan Zaliza binti Zakaria juga dibantu oleh dua orang pelajar praktikal dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kedah iaitu Nur Hazirah Binti Nazri dan Nurul Illiyina Binti Abu Hassan.
.
Objektif Bengkel ini adalah:
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai maklumat dan literasi maklumat
2. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat yang tepat dan berkesan
3. Mendedahkan pelajar kepada etika penggunaan maklumat
4. Perpustakaan sebagai penggerak literasi maklumat untuk melestari dan merealisasikan generasi yang celik maklumat.
.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan kemahiran yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Perdagangan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.