25 September – Satu program Literasi Maklumat telah dijalankan secara dua sesi yang melibatkan pelajar-pelajar semester 5, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Program ini merupakan inisiatif pihak perpustakaan bagi membantu para pelajar yang perlu menyediakan Laporan Akhir Pelajar sebelum mereka ke Latihan Industri.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah capaian maklumat daripada pelbagai sumber secara berkesan. Ini membolehkan pengguna menjadi lebih cekap dalam pencarian maklumat dan seterusnya boleh menilai maklumat yang diperlukan bagi tujuan masing-masing. Di antara kandungan pelaksanaan program adalah pengenalan kepada teknik pencarian maklumat yang tepat melalui enjin carian yang betul, sumber-sumber maklumat yang boleh didapati secara atas talian melalui sumber terbuka, fungsi OPAC, fungsi Boolean Search, cara menulis sumber rujukan menggunakan APA Styles dan sebagainya.

Program ini mendapat sambutan dan respon yang baik daripada pensyarah juga peserta di mana kebanyakkan daripada mereka datang membuat temujanji bagi meminta panduan dan cara mereka bagaimana ingin mengakses, menilai dan menggunakan maklumat yang telah mereka perolehi bagi Projek Akhir mereka.