Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Ketua Jabatan
- Sinopsis Program
- Prospek Kerjaya
- Syarat Kemasukan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang.
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menawarkan kursus-kursus pengajian diperingkat Diploma. Sejak dari sesi Januari 1999, kursus-kursus pengajian bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ekoran daripada penstrukturan semula Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2007, telah diwujudkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menawarkan kursus-kursus pengajian dibidang berkaitan.
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai lima blok bangunan yang dikongsi bersama Jabatan Kejuruteraan elektrik terdiri daripada bangunan pentadbiran, dua blok bilik kuliah dan makmal serta bengkel. Makmal-makmal yang canggih berupaya mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” kepada pelajar-pelajar. Makmal Perkakasan, Perisian, Multimedia/Hypermedia, Makmal Komunikasi Data dan Makmal Rangkaian membolehkan para pelajar untuk berlatih asas komputer serta kemahiran merekabentuk perkakasan dan perisian dan juga sistem rangkaian komputer.
Izwan Affendi Bin AdnanProgram pengajian Diploma Teknologi Maklumat ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.
Di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasim kami menawarkan Program Diploma Teknologi Maklumat atau singkatannya DIT, menawarkan dua pengkhususan/trek iaitu :- trek Software & Application Development
- trek Networking System
- Permintaan terhadap tenaga kerja dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dijangka terus berkembang pesat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam sektor ICT telah meningkatkan keperluan terhadap graduan IT yang berkelayakan bagi memenuhi keperluan industri di peringkat tempatan dan global.Oleh itu, graduan daripada program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan keupayaan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang kerjaya dalam industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian membolehkan mereka menceburi pasaran pekerjaan dalam bidang berikut:
- Pengaturcara Aplikasi Komputer
- Pengaturcara Internet
- Pengaturcara Web
- Pengaturcara Pangkalan Data
- Pembantu Penganalisis Sistem
- Pembangun Perisian
- Pentadbir Pangkalan Data
- Penguji Perisian
- Kakitangan Sokongan Sistem
- Pengaturcara Sistem
- Kakitangan Sokongan Rangkaian
- Pentadbir Rangkaian
- Jurutera Sokongan IT
- Penolong Jurutera Rangkaian
- Meja Bantuan Teknikal / Sokongan
- Pembantu jurutera AI.
- Kecerdasan buatan sokongan. (AI Support).
- Pembantu penganalisis keselamatan siber.
- Penasihat etika kecerdasan buatan.
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU - Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Certificate in Industrial Internet of Things
- Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Maklumat
- Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga) Tahap 3, KKM
- Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3)
- Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3)
- Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3)
- Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3)
- Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3)
- Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:)
- Pembangunan Aplikasi [IT-010-3:2016]
- Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3)
- Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:)
- Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014)
* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
.