Artikel

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

  • Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

     

    Izwan Affendi Bin Adnan
  • Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) menawarkan kursus-kursus pengajian di peringkat Diploma. Sejak dari sesi Januari 1999, kursus-kursus pengajian bidang Teknologi Maklumat Dan Komunikasi diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Ekoran daripada penstrukturan semula Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2007, telah diwujudkan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menawarkan kursus-kursus pengajian dibidang berkaitan.

    Disamping kursus sepenuh masa, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi juga menawarkan kursus secara sambilan (part-time) di peringkat Diploma . Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai lima blok bangunan yang dikongsi bersama Jabatan Kejuruteraan elektrik terdiri daripada bangunan pentadbiran, dua blok bilik kuliah dan makmal serta bengkel. Makmal-makmal yang canggih berupaya mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” kepada pelajar-pelajar. Makmal Perkakasan, Perisian, Multimedia/Hypermedia, Makmal Komunikasi Data dan Makmal Rangkaian membolehkan para pelajar untuk berlatih asas komputer serta kemahiran merekabentuk perkakasan dan perisian dan juga sistem rangkaian komputer.

  • Menghasilkan graduat dalam bidang Teknologi Maklumat di politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi baru dan cabaran dalam bidang teknologi maklumat

    Program & Jangka Masa:

    PROGRAM

    KUMPULAN SASARAN

    JANGKAMASA MINIMA

    Program Asas

    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

    pelajar lepasan SPM

    3 tahun : 6 semester

    Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

    pelajar lepasan SPM

    3 tahun : 6 semester

    Program ‘Bridging’/Foundation

    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

    pelajar lepasan kolej komuniti

    3 tahun :

    ( bergantung kepada syarat Point Of Entry)

    Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

    pelajar lepasan kolej komuniti

    3 tahun :

    ( bergantung kepada syarat Point Of Entry)

    Kursus Secara Sambilan (KSS)

    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)

    pelajar lepasan sijil politeknik

    4 tahun