Articles

Jabatan Pengajian Am

  •  

    Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
    Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan sebuah jabatan akademik yang memainkan peranan penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan, bagi memastikan setiap pelajar tidak hanya memperoleh ilmu pengetahuan yang menyeluruh, tetapi juga dibentuk dengan keperibadian yang kukuh.
    Dengan misi yang jelas, jabatan ini berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berakhlak mulia, tetapi juga mengamalkan nilai-nilai Islam dan moral yang tinggi. Pendidikan yang ditawarkan bukan hanya memberi tumpuan kepada aspek akademik semata-mata, tetapi juga membentuk sahsiah pelajar melalui pendekatan yang holistik. Di samping itu, pendedahan kepada Bahasa Inggeris akan memperkukuh keupayaan pelajar untuk bersaing di peringkat global, sekaligus mempersiapkan mereka dengan keyakinan yang tinggi untuk menghadapi cabaran pasaran kerja.
    Jabatan Pengajian Am turut berperanan besar dalam menyokong agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara. Dengan menawarkan kursus-kursus yang relevan, pelajar diperkaya dengan pengetahuan dan kemahiran yang sejajar dengan keperluan industri serta pembangunan negara.
    Jabatan Pengajian Am amat komited dalam mendokong matlamat institusi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Dengan usaha berterusan serta sokongan semua pihak, kami yakin jabatan ini akan terus memberikan sumbangan yang signifikan kepada kecemerlangan pelajar, memperkukuh imej institusi di peringkat nasional dan antarabangsa, serta membangunkan modal insan berkualiti dalam sektor TVET.

     

    Nurshahiza Bt Mohamad Isa
  • Jabatan Pengajian Am (JPA) diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dipimpin oleh dua orang Ketua Kursus, iaitu Ketua Kursus Bahasa Inggeris dan Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral. Jabatan ini mempunyai seramai 20 orang pensyarah, seorang Pembantu Makmal dan seorang Pembantu Operasi.

    JPA terbahagi kepada dua unit utama iaitu Unit Pendidikan Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Jabatan ini menawarkan pelbagai kursus yang meliputi bidang pengajian yang relevan dengan perkembangan semasa. Antara kursus yang ditawarkan termasuk Bahasa Inggeris, Pengajian Islam, Pendidikan Moral, Penghayatan Etika dan Peradaban, Kursus Integriti dan Anti Rasuah serta Kursus Nilai Masyarakat Malaysia.

    Pelajar yang mengikuti kursus-kursus ini akan mempelajari subjek-subjek teras yang memberi asas kepada pemahaman nilai murni, pembentukan akhlak yang baik, penguasaan Bahasa Inggeris serta kepentingan integriti dalam pelbagai aspek kehidupan dan interaksi dalam konteks global.

    Selain itu, jabatan ini komited untuk menyediakan pengajaran yang berkualiti dengan kemudahan yang ada, termasuk dua makmal bahasa yang membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara sistematik dengan sokongan penuh daripada tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkomitmen tinggi terhadap kecemerlangan pendidikan. Jabatan ini juga berusaha untuk membentuk graduan yang tidak hanya berpengetahuan luas dan berakhlak mulia, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk berfikir kritis, berkomunikasi dengan berkesan serta menyumbang secara aktif dalam masyarakat.

  • 1.    Menyediakan Pendidikan Berkualiti

    Menyediakan pendidikan yang berkualiti dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral serta nilai-nilai etika dan integriti.

     

    2.    Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Pelajar

    Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar, terutamanya dalam Bahasa Inggeris, untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dalam konteks global.

     

    3.    Memupuk Nilai Murni dan Akhlak

    Membentuk pelajar yang berakhlak mulia, mempunyai nilai murni dan kesedaran etika dalam kehidupan peribadi dan profesional.

     

    4.    Penerapan Kesedaran Integriti

    Menerapkan kesedaran tentang kepentingan integriti dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar, untuk melahirkan graduan yang beretika dan profesional dalam setiap aspek kehidupan.

  • Jabatan Pengajian Am menawarkan 16 kursus yang merangkumi Kursus Bahasa Inggeris serta Kursus Pendidikan Islam dan Moral. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:
     
    KURSUS BAHASA INGGERIS
    1. DUE10112 COMMUNICATIVE ENGLISH 1 
    2. DUE10062 TECHNICAL ENGLISH 1
    3. DUE30022 COMMUNICATIVE ENGLISH 2
    4. DUE50032 COMMUNICATIVE ENGLISH 3 
    5. DUE50132 COMMUNICATIVE ENGLISH 3
    6. MPU22053 ENGLISH FOR DIGITAL TECHNOLOGY 
    7. MPU22153 ENGLISH FOR DIGITAL TECHNOLOGY 
    8. MPU22042 BAHASA KEBANGSAAN A
     
    KURSUS PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
    1. MPU21032/MPU21072 ETIKA DAN PERADABAN
    2. MPU22071 KURSUS INTEGRITI ANTIRASUAH (KIAR)
    3. MPU23012/MPU23152/MPU23162 PENGAJIAN ISLAM
    4. MPU23052/MPU23182 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
    5. MPU23042/MPU23172 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
    6. MPU23272 PENDIDIKAN MORAL
    7. DUF10212 BAHASA ARAB 1
    8. MPU22362 ARABIC FOR MUAMALAT