Artikel

Jabatan Pengajian Am

  •  

    Unit Pendidikan Islam dan Moral berperanan  untuk membentuk moral, sahsiah dan memperkukuhkan nilai-nilai rohaniah para pelajar.  Manakala Unit Bahasa Inggeris pula menyusun dan melaksanakan kursus-kursus yang dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, membentuk keyakinan diri serta nilai kompetensi yang diperlukan pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan kelak.  Kedua-dua unit ini juga bergabung dan berkerjasama dalam merancang program-program nilai tambah selaras dengan objektif yang digariskan. JPA PSP  memiliki kakitangan seramai 32 orang iaitu terdiri daripada 14 orang pensyarah Pendidikan Islam, 18 orang pensyarah Bahasa Inggeris.

     

    Yeap Lay Hwa
  • Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah merupakan  salah sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai jabatan sokongan bagi pelaksanaan program-program Bahasa Inggeris , Pendidikan Islam, Tamadun Islam serta Pendidikan Moral . JPA terdiri  daripada Unit Pendidikan  Islam dan Moral serta Unit Bahasa Inggeris. Jabatan ini berperanan sebagai peyelaras kepada kursus-kursus  Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan Moral .

     

  • MISI

    Meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    VISI

    Membangunkan potensi pelajar secara holistik dan seimbang supaya berkemampuan mempraktikkan pengetahuan sebagai amalan hidup yang baik.

    OBJEKTIF

    Melahirkan graduat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, dan berakhlak mulia di sisi agama, moral dan kenegaraan serta berkeupayaan menguasai Bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi yang berkesan di dalam suasana formal dan tidak formal selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Politeknik dan Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Communicative English merupakan kursus yang menawarkan program di bawah Unit Bahasa Inggeris untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris serta menanam sikap keyakinan diri melalui kursus-kursus ini. Malah, kursus ini berupaya melahirkan generasi yang berkebolehan untuk membentangkan sesuatu projek dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan intonasi dan nada yang betul. Tambahan pula , kursus-kursus ini bertujuan mendedahkan cara-cara penyediaan kearah persiapan diri bagi menghadapi alam pekerjaaan . Unit Bahasa Inggeris berperanan penting dalam mengembangkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris para pelajar (Lisan danTulisan), untuk tujuan akademik dan profesional. 

  • Pendidikan Islam,  Pendidikan Moral serta Tamadun Islam  merupakan subjek-subjek yang ditawarkan di bawah Unit Pendidikan Agama Islam. Subjek subjek ini bertujuan mendedahkan para pelajar terhadap konsep asas Agama Islam serta membincangkan tentang prinsip, etika, amalan pengurusan, komunikasi dalam organisasi serta membincangkan secara terperinci perkembangan Tamadun Islam bermula dari Zaman Rasulullah SAW sehingga kini merangkumi pelbagai aspek seperti perkembangan ilmu pengetahuan, politik, ekonomi, sosial, sains teknologi, kejuruteraan. Unit Pendidikan Islam / Moral menumpukan kepada penerapan nilai-nilai universal dan Islam dalam kalangan pelajar. Ia bermatlamat memberikan panduan kepada pelajar dalam mengamalkan serta mempraktikkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan.