Jabatan Sukan Kurikulum & Kebudayaan
- Ketua Jabatan
- Pengenalan
- Visi
- Misi
- Unit Sukan
- Unit Kokurikulum
- Unit Kebudayaan dan Warisan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seiring dengan misi dan visi politeknik iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang secara holistik, Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PSP sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi merealisasikan misi dan visi tersebut. Penyediaan fasiliti, peralatan, pensyarah yang kompeten, cekap dan bertanggungjawap serta dinamik merupakan asset penting yang sentiasa diberi perhatian dan penekanan. Oleh yang demikian, latihan serta kursus kejurulatihan dan sains sukan, dalam pembangunan diri pelajar (atlet) sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa di kalangan para pensyarah.
JSKK sentiasa proaktif dan dinamik dalam memastikan setiap pelajar PSP memiliki kecemerlangan yang seimbang bukan sahaja dalam akademik malah cemerlang dalam bidang bukan akademik juga. Pelbagai aktiviti dan program disediakan untuk pelajar serta kakitangan melibatkan diri secara aktif dan memastikan tahap kesihatan dan kecergasan diri pelajar mahu pun kakitangan sentiasa sihat. Semoga semua warga PSP sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang masa.
Wassalamu'alaikumJabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) secara amnya bertanggungjawab merangka, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau aktiviti sukan, kokurikulum dan kebudayaan yang melibatkan Politeknik Seberang Perai (PSP). Secara khususnya, JSKK berperanan untuk melengkapkan kecemerlangan akademik pelajar yang seimbang dalam aspek pembangunan sahsiah dan jati diri yang holistik seiring dengan visi dan misi Politeknik Malaysia. JSKK juga menguruskan keperluan peralatan dan memastikan segala kemudahan serta fasiliti berada di tahap yang baik dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Selain itu, JSKK diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan segala aktiviti sukan, riadah, kokurikulum dan kebudayaan kepada seluruh warga PSP, sama ada pelajar mahupun kakitangan. Diterajui oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Encik Muhamad Noor Bin Abu Hassan dan dibantu oleh 5 orang pegawai bagi Unit Sukan, Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan dan Warisan serta dibantu oleh seorang Pembantu Operasi iaitu Nooraini Binti Saidun. Maklumat lanjut berkenaan JSKK PSP boleh layari https://www.facebook.com/JSKKPSP. Melahirkan graduan yang seimbang berkeperibadian unggul, intelek, berdisiplin dan bersahsiah tinggi melalui aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan. - Pembudayaan dan pembangunan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan dalam kalangan komuniti Politeknik Seberang Perai.
- Perkembangan bakat secara berterusan untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih cemerlang dan unggul.
- Menyediakan kemudahan dan fasiliti Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan yang mencukupi, selesa dan selamat.
- Memupuk hubungan yang sihat serta interaksi baik antara pelajar dan kakitangan melalui aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan.
Unit Sukan diterajui oleh 2 orang Pegawai Belia dan Sukan iaitu Puan Mazlina Binti Maming dan Encik Muhamad Faiz Bin Musa @ Yusoff. Unit ini, merangkumi 3 bahagian iaitu Penyediaan dan Pembangunan Atlet, Kemudahan dan Peralatan serta Pembangunan Jurulatih dan Pegawai. Peranan Unit Sukan juga adalah merancang, menguruskan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan sukan kepada warga PSP bagi memastikan keseimbangan kecemerlangan pelajar serta pegawai PSP dari segi intelek, jasmani dan pembangunan sahsiah diri, bakat serta membudayakan gaya hidup sihat di kalangan warganya. Tadbir urus tempahan fasiliti, simpanan dan pinjaman peralatan sukan juga dibawah tanggungjawab Unit Sukan bagi memastikan pelajar mahupun pegawai dapat menggunakan peralatan sukan, berpeluang melibatkan diri bagi mengembangkan minat, bakat, kemahiran dan keupayaan dalam setiap aktiviti-aktiviti sukan. Unit Kokurikulum diterajui oleh Ketua Kursus Kokurikulum, iaitu Encik Mohd Kamal Bin Mat Desa dan Encik Mohd Syukor Bin Che Omar bertanggungjawab memastikan semua program kokurikulum dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Secara umumnya, kokurikulum merupakan satu kursus wajib bagi semua pelajar semester satu dan dua dengan nilai 1 jam kredit bagi semester 1 dan 1 jam kredit bagi semester dua. Terdapat tiga pilihan laluan yang perlu dipilih oleh pelajar samada Laluan 1 (Sukan) atau Laluan 2 (Kelab/Persatuan) atau Laluan 3 (Unit Beruniform). Modul-modul ini mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aspek kemahiran asas individu dan kumpulan. Penilaian secara berterusan terhadap pelajar dibuat dalam bentuk amali dan teori menepati kehendak silibus yang terkini. Unit Kebudayaan dan Warisan diterajui oleh seorang Ketua Unit Kebudayaan iaitu Puan Fazilatul Haida Binti Hidzir. Di bawah unit ini terdapat beberapa kumpulan kebudayaan antaranya Kumpulan Tari Tanjung Kesatu, Kumpulan Teater PSP, dan Kumpulan Lunar Boys (Band). Penglibatan pelajar di bawah unit ini amat aktif dan banyak pencapaian yang amat membanggakan PSP telah berjaya diraih sepanjang Unit Kebudayaan dan Warisan ditubuhkan. Unit Kebudayaan dan Warisan juga sangat aktif dalam membantu pemeliharaan dan pemuliharaan budaya dan warisan negara. Ini dapat dilihat di dalam program dwi tahunan iaitu penganjuran Simposium Warisan Bangsa (SIWARSA) yang merupakan program esklusif PSP. Penyebaran ilmu budaya dan warisan diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi bersama NGO iaitu Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang bagi tujuan membantu Unit Kebudayaan dan Warisan PSP dalam memartabatkan kembali budaya dan warisan di kalangan generasi muda amnya dan kepada pelajar PSP khususnya.
.