Artikel

Jabatan Sukan Kurikulum & Kebudayaan

  • Salam Sejahtera,

    Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) Politeknik Seberang Perai (PSP) telah membangunkan laman web yang baru dengan matlamat menjadikannya sebagai salah satu saluran maklumat rasmi utama. Selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, beberapa makluman telah disediakan dalam laman web ini. Di antaranya adalah pengenalan ringkas mengenai Jabatan, hebahan aktiviti & program semasa, maklumat mengenai Unit-Unit, senarai direktori kakitangan, senarai fasiliti & kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

    Selain itu, makluman-makluman terkini akan dikemaskini dari masa ke masa di ruangan aktiviti sebagai hebahan kepada khalayak ramai secara umumnya dan kepada warga Politeknik Seberang Perai secara khususnya. Bagi mencapai visi Jabatan untuk melahirkan graduan yang lengkap berkeperibadian unggul, berdisiplin dan bersahsiah tinggi melalui aktiviti Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan, laman web ini menjadi salah satu medium untuk mencapai hasrat ini secara berterusan. Akhir kata saya berharap kandungan laman web ini dapat memberi maklumat secara koprehensif dengan kaedah yang mudah dan cepat menepati dengan keperluan masa kini.

     

    Muhamad Noor Bin Abu Hassan
  • Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) secara amnya bertanggungjawab merangka, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau aktiviti sukan, kokurikulum & kebudayaan yang melibatkan Politeknik Seberang Perai. Khususnya, berperanan untuk melengkapkan kecemerlangan akademik pelajar selaras dengan pembangunan sahsiah dan jatiri yang seimbang. JSKK menguruskan keperluan peralatan dan memastikan segala kemudahan & fasiliti berada di tahap yang baik bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti. Selain itu, Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan diamanahkan untuk mentadbir dan menguruskan segala aktiviti sukan riadah, kokurikulum & kebudayaan kepada seluruh warga Politeknik Seberang Perai, sama ada pelajar mahupun kakitangan. Diterajui oleh seorang Ketua Jabatan, Puan Rukaida binti Baharudin dan dibantu oleh 5 orang pegawai yang merangkumi 4 unit iaitu Unit Sukan, Unit Kokurikulum, Unit Kebudayaan Warisan & Unit Sukarelawan IM4U

  • MISI

    • Melahirkan graduan yang lengkap berkeperibadian unggul, berdisiplin dan bersahsiah tinggi melalui aktiviti Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan.

     

    VISI

    • Pembudayaan dan pembangunan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan dalam kalangan komuniti Politeknik Seberang Perai.

    • Perkembangan bakat secara berterusan untuk mencapai tahap pencapaian yang lebih cemerlang dan unggul.

    • Menyediakan kemudahan dan fasiliti Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan yang mencukupi, selesa dan selamat.

    • Memupuk hubungan interaksi akrab antara pelajar dan kakitangan melalui aktiviti Sukan, Kokurikualum & Kebudayaan.

     

  • Unit Sukan yang diterajui oleh 2 orang Pegawai iaitu En Abdul Majid bin Udin dan En Imran Syafik bin Ahmad merangkumi 3 bahagian iaitu Penyediaan & Pembangunan Atlet, Kemudahan & Peralatan dan Pembangunan Jurulatih/Pegawai. Selain memastikan kemudahan, fasiliti dan peralatan dapat digunakan dengan baik, turut merangka program dan aktiviti latihan bagi meningkatkan prestasi dikalangan atlet dan jurulatih. Disamping menyelaras aktiviti sukan dikalangan pelajar dan kakitangan, turut menyelaras persiapan & pengurusan atlet untuk penyertaan kejohanan & pertandingan. Maklumat lanjut boleh layari "Rakan Sukan JSKK PSP"

  • Unit  Kokurikulum diterajui oleh Ketua Kursus Kokurikulum, En Ajmir bin Mohd Saill bertanggungjawab memastikan semua program kokurikulum dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Secara umumnya, kokurikulum merupakan satu kursus wajib bagi semua pelajar semester satu dan dua dengan nilai 1 jam kredit. Pelajar semester satu diwajibkan mengikut modul Kokurikulum yang berkaitan Badan Beruniform, Kelab mahupun Persatuan. Modul-modul ini mendedahkan para pelajar kepada pelbagai aspek kemahiran asas individu dan kumpulan. Penilaian secara berterusan terhadap pelajar dibuat dalam bentuk amali dan teori menepati kehendak silibus yang terkini

  • Unit  Kebudayaan diterajui oleh seorang pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik iaitu Puan Fazilatul Haida bt Hidzir. Di bawah unit ini terdapat beberapa kelab kebudayaan antaranya Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Kelab Tari Tradisional, Kelab Teater, Kelab Kompang, Kelab Teater, Kelab Kolattam, Kelab Ultimate, Kelab Busking, Kelab Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi dan Kelab Innocity.  Kelab baru yang akan ditubuhkan adalah Kelab Gamelan. Pencapaian pelajar dalam kelab di bawah unit ini amat aktif dan banyak pencapaian yang membanggakan PSP telah berjaya disandang sepanjang kelab-kelab ini ditubuhkan terutama Kelab Tarian. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti kelab dan pencapaiannya  boleh dilihat dalam blog “Sanggar Mutiara”.