Unit Peperiksaan
- Ketua Unit
- Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik
- Objektif
Unit Peperiksaan Politeknik Seberang Perai merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Politeknik.
Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan dan pensijilan pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang berkuatkuasa.
Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik , unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil kepada pelajar yang telah menamatkan pengajian setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil /Diploma Politeknik.
Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Ketua Unit dan 2 orang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang dilantik dari setiap dari Jabatan Akademik . Ianya turut juga mempunyai seorang Pembantu Am Pejabat dan seorang Pembantu Tadbir yang membantu dalam kerja kerja pengkeranian di unit.
Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik adalah perigkat tertinggi di peringkat politeknik yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk mengesahkan keputusan peperiksaan (kecuali bagi semester akhir) dan memastikan garis panduan dan peraturan penilaian dipatuhi. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Jabatan Akademik, Pegawai Peperiksaan serta pegawai-pegawai yang dilantik oleh Pengarah.
- Menyiapkan kertas peperiksaan satu (1) minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
- Mengeluarkan keputusan rasmi Penilaian Akhir mengikut Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia
- Menyiapkan Sijil Akademik dan transkrip bagi pelajar yang telah menamatkan pengajian sebelum majlis konvokesyen.
.