Alumni PSP

Alumni PSP

 

PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Persatuan Alumni PSP sebagai wadah untuk menyalurkan kepakaran, pengalaman, dan juga sumbangan agar generasi baharu pelajar PSP mendapat manfaat dan menjadikan kita sebagai inspirasi. Alumni PSP mampu berdiri setanding dengan mana-mana institusi lain dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berakhlak mulia. Semoga usaha diberkati Allah SWT, dan semoga terus bersatu hati demi mengharumkan nama Politeknik Seberang Perai di persada masyarakat dan negara.

Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai adalah persatuan bekas-bekas pelajar yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang. Persatuan ini telah menerima sijil pertama penubuhannya secara rasmi pada 9 April 2008.

Terkini, Mesyuarat Agung dan Majlis Hi-Tea persatuan ini telah diadakan pada 11 Januari 2025 di Dewan Seri Mutiara, Politeknik Seberang Perai. Dalam mesyuarat tersebut, Pn. Norzawati Binti Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Alumni PSP bersama  lima belas orang Ahli Jawatankuasa. Penaung persatuan alumni ini adalah Pengarah Politeknik Seberang Perai, Tuan Haji Mohd Ruzi Bin Hamzah.

 

Media Sosial Alumni PSP :