Alumni PSP

Alumni PSP

 

PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai atau panggilan ringkasnya ALUMNI PSP telah ditubuhkan pada 23 Ogos 2007 dengan pembentukan sebuah ahli jawatankuasa penaja yang dipengerusikan oleh seorang bekas pelajar iaitu Encik Mohd Fadly bin Abdul Wahid.

Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai adalah persatuan bekas-bekas pelajar yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang. Persatuan ini telah menerima sijil penubuhannya secara rasmi pada 9 April 2008.

Mesyuarat Agung pertama persatuan ini telah diadakan pada 2 November 2008 di Politeknik Seberang Perai bersempena dengan "Sambutan PSP Sedekad". Dalam mesyuarat tersebut, Encik Mohd Fadly Abdul Wahid telah sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi ALUMNI PSP bersama  sebelas orang Ahli Jawatankuasa. Penaung alumni ini adalah Pengarah Politeknik Seberang Perai pada ketika itu iaitu Tuan Haji Noor Azahan bin Othman.

 

OBJEKTIF

 

  1. Menghimpunkan semula graduan Politeknik Seberang Perai bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing.
  2. Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli persatuan dengan Politeknik Seberang Perai.
  3. Menjalinkan persefahaman di antara kakitangan kerajaan, golongan profesional mahupun swasta dalam beberapa perkara yang mejurus ke arah misi dan visi Politeknik Seberang Perai.
  4. Membangunkan pangkalan data persatuan yang lengkap dan sistematik berserta dengan sistem capaian maklumat yang efisien bagi setiap kumpulan graduan.
  5. Mengadakan saluran dan menyediakan sistem bagi mendapatkan maklum balas daripada ahli-ahli persatuan tentang kerelevanan program pengajian demi kemajuan Politeknik Seberang Perai secara berterusan.
  6. Membangunkan aktiviti dan menggalakkan ahli-ahli persatuan kembali ke kampus untuk terlibat dengan program pembelajaran pelajar setiap semester secara berterusan.
  7. Mengadakan pakatan strategik penyelidikan dengan penyelidik dan pensyarah setiap tahun secara berterusan.

 

 

Link :

1.       Facebook alumni : https://www.facebook.com/alumnipsp/

2.       Telegram alumni   : https://t.me/+D2mAvsUAXdAzZTg9

 3.       MyAlumni Polycc app google play store.