Articles

Penginapan , Perkhidmatan & Keselamatan

PENGINAPAN

Penginapan di Kolej Kediaman Pelajar

1. Kemudahan penginapan di dalam kampus disediakan untuk pelajar lelaki dan wanita di
kamsis. Oleh kerana bilangan tempat yang terhad, maka keutamaan kemudahan ini
diberi kepada pelajar semester satu dan pelajar-pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
yang menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar yang
memerlukan penginapan di kamsis boleh memohon kepada Ketua Waden untuk
pertimbangan.

Penginapan di Luar (RUmah Sewa)

2. Kebanyakan pelajar Politeknik Seberang Perai menginap di luar kampus dengan
menyewa rumah-rumah sewa yang ada di persekitaran kampus Politeknik Seberang
Perai. Terdapat pemilik-pemilik rumah sewa yang meninggalkan maklumat atau iklan
tentang rumah sewa mereka di Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kesihatan

1. Semua pelajar politeknik layak mendapat rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan.
Bagi pelajar yang memerlukan rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan, sila
dapatkan surat pengesahan pelajar politeknik untuk tujuan rawatan di jabatan akademik
induk melalui Penasihat Akademik masing-masing atau di kamsis melalui Waden.

Insurans

2. Semua pelajar berdaftar di Politeknik Seberang Perai adalah dilindungi oleh insuran
secara berkelompok.

KESELAMATAN

1. Untuk tujuan keselamatan, semua kawasan pejabat, jabatan akademik, unit, bilik kuliah,
makmal/bengkel, dewan serbaguna,dewan kuliah dan lain-lain kawasan yang
diistiharkan, adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar selepas jam 7.00 petang.

2. Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengawal dan jabatan/unit sekiranya
perlu berada di kawasan yang disebutkan untuk apa tujuan sekalipun.