Articles

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda. Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan salah satu dari 4 jabatan induk di PSP, yang menawarkan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar menerusi ilmu yang luas umumnya dalam bidang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Selaras dengan keperluan industri, pelajar-pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang menerapkan pengetahuan dan kaedah saintifik serta kejuruteraan secara teori dan praktikal bagi mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Pendedahan yang relevan kepada tugasan sebenar, pelbagai projek Inovatif dan Kreativiti serta kemahiran juga dibangunkan semasa melaksanakan projek dan semasa menjalani latihan industri pada semester terakhir mereka.

    Wassalamu'alaikum.

     

    Junainah Binti Abdul Kadir
  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai (JKE) menawarkan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar dalam bidang elektrik dan elektronik. Program yang ditawarkan di jabatan ini telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bagi memastikan kualiti dan pengiktirafan yang tinggi.
     
    JKE diterajui oleh seorang Ketua Jabatan, dibantu oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi), Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), dan Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Jabatan ini disokong oleh pasukan pensyarah yang berkemahiran dan berpengalaman, menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan holistik.
     
    Pada setiap sesi, JKE mempunyai anggaran keseluruhan 500 orang pelajar daripada ketiga-tiga program yang ditawarkan. Bagi memenuhi keperluan industri, pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran khusus melalui teori dan praktikal. Ini termasuk penerapan kaedah saintifik dan kejuruteraan, projek inovatif, serta latihan industri pada semester terakhir, yang bertujuan membangunkan kreativiti dan mempersiapkan pelajar untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.