Articles

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Bismillahirrahmanirrahim
     
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
     
    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang.
     
    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan empat program setakat ini iaitu Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dan Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil). Semua program kejuruteraan yang ditawarkan telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dilengkapi dengan alatan, mesin dan software bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Jabatan juga bergiat aktif dalam rekacipta, penulisan dan penyelidikan. Program-program yang di tawarkan ini telah melahirkan ramai graduan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing semenjak penubuhan PSP pada tahun 1998. Di harapkan semoga portal ini dapat memberikan maklumat yang diperlukan dengan mudah dan tepat.

     

    Zafarida binti Kadir
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan induk yang terbesar di empat jabatan akademik di politeknik ini. Jabatan ini mempunyai saiz tenaga kerja yang mahir dan dilengkapi dengan peralatan dan mesin. JKM mempunyai kekuatan pasukan pensyarah dan kakitangan yang bekerjasama dalam mencapai matlamatnya untuk menghasilkan tenaga kerja semi-profesional yang inovatif dan pro- aktif selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang menyasarkan untuk membina kapasiti dan daya tahan perindustrian Malaysia untuk pertumbuhan jangka panjang dan mampan. Ini juga selaras dengan usaha membangunkan bakat yang ada masa hadapan dalam memenuhi kehendak industri.

    Program-program yang ditawarkan di JKM adalah seperti berikut:

    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal

    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)

    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

    • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

  • Objektif Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah untuk:

    1. Melahirkan tenaga mahir dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan industri dalam bidang kejuruteraan mekanikal .

    2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar melalui pembelajaran sepanjang hayat.

    3. Memupuk kemahiran keusahawanan dan persediaan minda dalam persekitaran kerja sebenar.

    4. Mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat dan industri.