Articles

Jabatan Perdagangan

  • Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Seiring dengan misi dan visi politeknik iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, Jabatan Perdagangan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi merealisasikan misi dan visi tersebut. Pensyarah yang kompeten, cekap, bertanggungjawap, berinovasi dan kreatif merupakan asset terpenting yang sentiasa diberi perhatian dan penekanan. Oleh yang demikian, latihan professionalisme, penggunaan teknologi dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa di kalangan para pensyarah.

    Perhubungan industri merupakan antara elemen yang diberi penekanan di peringkat jabatan. Ini termasuklah menjalankan pelbagai aktiviti bersama, penempatan pelajar menjalani latihan industri dan aktiviti nilai tambah kepada kemahiran dan pengalaman para pelajar dan pensyarah. Ini dilaksanakan bagi melonjakkan kebolehpasaran graduat jabatan ini dari masa ke semasa.

    Elemen peningkatan prasarana untuk perkembangan pengetahuan dan pengalaman juga diberi keutamaan. Mengwujudkan kemudahan bilik keusahawanan dan perniagaan, kemudahan mengekses maklumat dan penggunaan sistem berkaitan perniagaan adalah antara strategi bagi melengkapkan para pelajar dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan.

    Bagi melahirkan graduat yang berdaya saing, pencapaian akademik pelajar adalah menjadi asas kecemerlangan jabatan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti jabatan, politeknik, industri, kemasyarakatan serta penyertaan dalam pelbagai pertandingan anjuran pelbagai pihak adalah sentiasa menjadi fokus jabatan. Penglibatan dan penyertaan berterusan ini dapat melonjakkan kecermerlangan pelajar serta institusi ini.

    Wassalamu'alaikum.

     

    Mariam Binti Ahmad
  • Jabatan ini menawarkan program Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perbankan & Kewangan Islam, dan Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan.  Pelajar yang mengambil kursus-kursus ini akan mempelajari beberapa subjek teras seperti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Pemasaran, Undang-undang Komersil dan Statistik. Bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan terkini dalam teknologi maklumat, para pelajar diberi pendedahan yang diperlukan untuk aplikasi perisian berkaitan perniagaan seperti UBS dan pakej perakaunan. Bagi melengkapkan pengajian mereka, para pelajar perlu mengikuti 6 bulan latihan industri di mana-mana syarikat atau agensi-agensi kerajaan.
    Proses pengajaran dan pembelajaran ditingkatkan dengan menggunakan peralatan dan kemudahan moden. Syarahan dilakukan secara sistematik dalam 23 buah bilik kuliah yang kondusif dan dewan kuliah yang selesa. Bangunan pentadbiran Jabatan Pedagangan mempunyai kemudahan seperti bilik persidangan, sudut sumber dan audio visual yang memberikan persekitaran yang baik untuk staf dan pelajarnya.

  • 1.    Menghasilkan graduat  dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang perniagaan, perakaunan, pengurusan logistik dan rangkaian bekalan serta perbankan Islam yang menggabungkan semua aspek pengajian perniagaan dan keusahawanan


    2.    Menerapkan disiplin ilmu akademik serta nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi malahirkan graduan yang berketrampilan dan berakhlak mulia selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


    3.    Menerapkan kecemerlangan akademik dengan:

    a.    Memastikan kadar kelulusan bagi setiap kursus tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.

    b.    Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap kursus bagi setiap semester