Articles

Student Affairs Department

  • Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana pihak JHEP merasa bertuah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan unit CIMT PSP kerana sudi menyediakan ruangan web JHEP PSP. Warga JHEP Politeknik Seberang Perai ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar yang mendaftarkan diri ke Politeknik ini Semoga peluang melanjutkan pengajian ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha memartabatkan pemantapan diri. Setiap pelajar perlulah memahami dengan menjejakkan kaki ke sini, anda sebenarnya memasuki fasa baru kehidupan dalam proses menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan keluarga. Pihak JHEP mengalu-alukan kedatangan pelajar dan berharap pelajar dan JHEP sentiasa berhubung. Semoga ikatan ukhuwah antara pelajar dan staf politeknik Seberang Perai sentiasa terjalin.

    Wassalamu'alaikum.

    Mohd Rizwan bin Elias
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar berfungsi untuk menguruskan pengambilan pelajar baharu, data pelajar dan menguruskan kebajikan serta disiplin pelajar. Jabatan Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada 10 orang staf. Fungsi dan peranan Jabatan Hal Ehwal Pelajar adalah seperti berikut :

    Pengurusan Pengambilan dan Data Pelajar

    1. Mengurus dan merancang pengurusan Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar Baharu

    2. Mengurus dan merancang urusan  Lapor Diri Pelajar Senior

    3. Mengurus Urusan Pelajar seperti Pertukaran Politeknik, Pertukaran Kursus, Pertukaran Jenis

    4. Program, Penangguhan Pengajian dan urusan Berhenti Pengajian

    5. Mengurus Statistik penerimaan Tawaran,Pendaftaran Pelajar Baharu, dan Statistik Kemasukan

    6. Enrolmen dan Lulusan (IEO)

    7. Mengurus Kad Pelajar

    8. Mengurus Fail Peribadi Pelajar

    Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar

    1. Mengurus Perlindungan Insuran Pelajar,kewangan, biasiswa, penginapan dan lain-lain kebajikan pelajar

    2. Mengurus aktiviti MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)

    3. Mengurus aktiviti minggu suaikenal (MSK)

    4. Mengurus dan merancang pengurusan disiplin pelajar, pengendalian kes tatatertib, Kes disiplin pelajar dan perbicaraan rayuan.

    5. Menguruskan pendaftaran kenderaan pelajar yang meliputi pendaftaran, prosedur pendaftaran kenderaan dan tindakan tatatertib kesalahan lalulintas.

    6. Mengambil tindakan terhadap aduan salahlaku disiplin pelajar dan mengklasifikasikan kes berkaitan.

  • 1. Memastikan maklumat terkini mengenai program boleh diperolehi oleh umum.

    2. Memastikan proses pengambilan dan pendaftaran pelajar ke politeknik dilaksanakan dengan sempurna

    3. Memastikan rekod dan data pelajar adalah tepat serta disenggara dengan sempurna.

    4. Memastikan statistik pengambilan dan pendaftaran pelajar adalah tepat