Articles

Unit Pendidikan Latihan Industri

  • LATIHAN INDUSTRI (LI) adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif dalam kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

     

    Syaiful Anas Bin Ibrahim
  • Merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (KPT, 2010)
  • Membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri yang berkaitan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.
    1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
    2. Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi yang digunakan di industri;
    3. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja;
    4. Mengamalkan nilai atau etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab. 
  • eBook: LATIHAN INDUSTRI PANDUAN RINGKAS PELAJAR

     

     

    eBook: LATIHAN INDUSTRI PANDUAN RINGKAS PELAJAR boleh diakses melalui link https://anyflip.com/cirvl/sgtg atau QR code.