Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

 

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi disiplin bidang kejuruteraan elektronik yang luas, dengan pengkhususan dalam teknologi komunikasi yang mana termasuk asas elektrikal dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, asas sistem komunikasi, peranti semikonduktor dan reka bentuk terbantu komputer disamping memberi penekanan terhadap bidang pengkhususan.  Kursus-kursus pengkhususan yang terlibat dalam program ini adalah rangkaian telekomunikasi, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar dan peranti gelombang mikro.

 

SYARAT KEMASUKAN

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh digunapakai secara meluas dalam kerjaya yang akan diceburi. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi graduan daripada program ini membolehkan mereka untuk menyertai pasaran kerja seperti berikut:

Pembantu Jurutera
Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
Eksekutif Teknikal
Eksekutif Pemasaran
Penyelia Teknikal
Pembantu Perancang Teknikal
Pembantu Jurutera Rangkaian
Pembantu Pentadbir Rangkaian
Pembantu Jurutera “Drive Test”
Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test”
Perancang Rangkaian
Juruteknik Elektrik / Elektronik