PSP's Quality Policy

Dasar Kualiti


“Dasar kualiti Politeknik Seberang Perai adalah membangunkan potensi pelajar
Politeknik Seberang Perai ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan,
teknologi maklumat dan perdagangan melalui penambahbaikan yang menyeluruh
secara berterusan. Politeknik Seberang Perai komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yangdisemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.”

Sehubungan itu, pengurusan pendidikan di Politeknik Seberang Perai akan dilaksanakan dengan mengambilkira dan memastikan segala perancangan dan tindakan yang diambil:
i.  Menyokong misi dan visi organisasi ,
ii.  Sesuai dengan tujuan, konteks dan objektif organisasi,
iii.  Memenuhi keperluan-keperluan yang dikenal pasti ,
iv.  Berteraskan penambahbahbaikan berterusan ,
v.   Memenuhi tanggungjawab sosial organisasi,
vi.  Seiring dengan pembangunan dan perkembangan pendidikan, saintifik dan teknikal ,
vii.  Mematuhi prinsip pengurusan harta intelek dan
viii. Mengambilkira keperluan dan hasrat pihak berkepentingan organisasi.

QR-Code dieser Seite

  sirim

126316
TodayToday55