Artikel

SISTEM e-ADUAN

PENGENALAN:

Sistem e-Aduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif iaitu untuk menyediakan satu medium untuk menerima aduan melalui internet daripada semua staf PSP. Semua aduan akan diambil tindakan dalam tempoh 4 hari berkerja (untuk aduan ICT yang tidak melibatkan alat ganti)

 

TIPS PENGGUNA

Gunakan pelayar web (web browser) yang disediakan seperti Mozilla Firefox 20+, Internet Explorer 9+, Chrome 24 ke atas.

  • Pengguna perlu menukar Katalaluan selepas berjaya “Login” kali pertama dengan klik pada menu Akaun Pengguna dan Kemaskini Kata Laluan.
  • Klik pada Menu Daftar Aduan, pilih jenis kerosakan dan lengkapkan borang daftar aduan dengan mengisi maklumat berkaitan, dan klik ‘Hantar’.
  • Klik pada Menu Sejarah & Status Aduan untuk semak semula aduan berkaitan sama ada aduan telah diselesaikan atau belum selesai.
  • Klik pada Menu Laporan Aduan Kerosakan untuk semak butiran aduan yang telah diterima oleh pengguna.
  • Selesai Klik “Logout”.

 

2. Sistem ini boleh dilayari melalui pautan : Sistem e-Aduan v3.0