Artikel

Kolej Kediaman Pelajar

Unit Kolej Kediaman Pelajar bertanggungjawab menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar PSP terutamanya pelajar semester 1. PSP mempunyai 11 blok kediaman yang boleh menampung seramai 2278 orang pelajar pada setiap semester iaitu 926 orang pelajar lelaki dan 1352 orang pelajar perempuan. Keutamaan penginapan di kolej kediaman hanya diberikan kepada pelajar semester 1. Selepas pengisian pelajar semester 1, kekosongan akan diisi oleh pelajar senior yang berkelayakan.

OBJEKTIF UNIT KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR PSP

1. Menyediakan tempat penginapan yang kondusif serta fasiliti yang lengkap kepada penghuni.
2. Mewujudkan persekitaran kehidupan yang harmoni, ceria dan selamat bagi warga kolej kediaman dengan merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan takwim.
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berakhlak mulia melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
4. Memupuk semangat bertanggungjawab serta telus dikalangan staf bagi mencapai matlamat pengurusan kolej kediaman yang cekap, sistematik dan efisien.
5. Prihatin dan respon dalam melayan keperluan penghuni dengan mesra dan menyelesaikan permasalahan dengan cepat dan tepat.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Kafeteria
2. Pusat Islam
3. Koperasi
4. Klinik PSP
5. Mesin ATM
6. Gelanggang permainan
7. Kemudahan riadah

 MAKLUMAT FELO