Diploma Kejuruteraan Elektrik and Elektronik

Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

 

 

Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah direkabentuk meliputi pelbagai disiplin semasa yang luas dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar turut didedahkan dengan Asas Elektrik dan Elektronik yang luas merangkumi Prinsip Elektrik dan Elektronik, Asas komputer dan Pengaturacaraan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Peranti Semikonduktor, Sistem Komunikasi, Pemasangan Pendawaian, Sistem Kuasa, Mesin Elektrik dan Pengawal Logik Boleh Aturcara. Pengetahuan dan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan.

SYARAT KEMASUKAN :  http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp?pg=syarat&kat=d&id=DE007

BAHASA PENGANTAR
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang boleh digunakan dalam pelbagai kerjaya khususnya dalam sektor penjanaan kuasa dan industri pembuatan. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai;

Juruteknik Elektrik/ Eletronik
Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Eletkrik
Pembantu Teknik
Penyelia Elektrik/ Elektronik Kejuruteraan
Penolong Jurutera