Artikel

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

  • Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang.

    Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan jabatan sokongan akademik di Politeknik Seberang Perai. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) menawarkan modul-modul teras seperti Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan dan Aplikasi Komputer. Jabatan ini bertindak sebagai penyokong kepada jabatan-jabatan induk lain yang ada di Politeknik Seberang Perai. Jabatan Matematik,  Sains dan Komputer (JMSK) menyediakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersistematik bagi kursus yang ditawarkan kepada pelajar diploma yang melibatkan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Jabatan Perdagangan.

     

    Zabidi bin Saad
  • Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 2 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains dan Komputer. Tenaga pengajar di jabatan ini pula terdiri daripada 25 orang pensyarah yang terdiri dari pelbagai latar belakang akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan turut dibantu oleh seorang pembantu makmal dan seorang pembantu operasi.

    Bagi mencapai misi politeknik, JMSK sentiasa meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang matematik, sains dan komputer mengikut silibus yang telah ditetapkan dan selari dengan halatuju pendidikan masa kini.

    • Memastikan pencapaian CLO pelajar bagi semua kursus di JMSK sekurang-kurangnya 50% dan ke atas.
    • Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik.
    • Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan.
    • Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik.
    • Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan.
    • Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  • JMSK menawarkan 12 kursus yang terdiri daripada Kursus Matematik, Kursus Sains dan Kursus Komputer. Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan:
     
    KURSUS MATEMATIK
    1. DBM10013 Engineering Mathematics 1
    2. DBM10163 Engineering Mathematics 1
    3. DBM20023 Engineering Mathematics 2
    4. DBM20173 Engineering Mathematics 2
    5. DBM30033 Engineering Mathematics 3
    6. DBM30043 Electrical Engineering Mathematics
    7. DBM10143 Calculus and Algebra
    8. DBM20083 Discrete Mathematics
    9. DBM20153 Discrete Mathematics
     
    KURSUS SAINS
    1. DBS10012 Engineering Science
    2. DBS10042 Engineering Science
     
    KURSUS KOMPUTER
    1. DBC20022 Computer Application
  • Pengenalan Pusat STEM:

    Yayasan Amal TYT telah menyumbang di dalam pembangunan Pusat STEM di Politeknik Seberang Perai bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta menarik minat pelajar-pelajar di Pulau Pinang di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pusat STEM ini telah disempurnakan perasmian oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak pada 24 Febuari 2025.

    Penubuhan pusat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) merujuk kepada usaha mewujudkan sebuah pusat khas yang berfungsi untuk:

    1. Meningkatkan Minat Pelajar

    Pusat ini ditubuhkan untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif, praktikal, dan menyeronokkan. 

    2. Menyediakan Fasiliti dan Peralatan

    Pusat STEM dilengkapi dengan kemudahan moden, seperti makmal sains, peralatan teknologi terkini, dan ruang untuk eksperimen serta inovasi.

    3. Memperkasa Guru dan Pengajar

    Ia juga menjadi tempat untuk melatih guru-guru dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran subjek STEM, termasuk kaedah pembelajaran terkini seperti pembelajaran berasaskan projek.

    4. Menggalakkan Inovasi dan Kreativiti

    Pelajar didorong untuk berfikir secara kritis dan kreatif dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti reka cipta, robotik, dan penyelesaian masalah dunia sebenar.

    5. Menyokong Dasar Pendidikan

    Penubuhan pusat STEM membantu menyokong dasar kerajaan untuk meningkatkan penglibatan dalam bidang STEM, yang penting untuk pembangunan teknologi dan ekonomi negara.

    6. Kerjasama dengan Industri

    Pusat ini juga menjadi platform untuk kerjasama antara institusi pendidikan, industri, dan komuniti dalam membangunkan bakat masa depan.

    Matlamat utama penubuhan Pusat STEM adalah untuk melahirkan generasi yang lebih celik STEM, berdaya saing di peringkat global, dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.