Artikel

Unit Latihan Pendidikan Lanjutan

  • Sesebuah organisasi itu boleh cemerlang dan berjaya dengan jayanya apabila organisasi tersebut terdiri daripada kakitangan yang berdedikasi dan cekap dalam melakukan tugas-tugas mereka. Pekerja yang cemerlang adalah salah satu aset yang berharga bagi mencapai visi, misi dan matlamat organisasi tersebut. Justeru itu, Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) ditubuhkan untuk merancang, menganjur dan melaksanakan pelbagai latihan kepada kakitangan politeknik.

    Latihan yang dirancang bukan hanya memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran sahaja, malah latihan-latihan yang berbentuk peningkatan kendiri seperti kepimpinan, integriti, komunikasi dan kemahiran turut dirangkakan setiap tahun. Teknologi pada masa kini berubah dengan pantas. Secara tidak langsung, dengan adanya ULPL, kakitangan Politeknik Seberang Perai dapat belajar dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam bidang yang spesifik seiring dengan perubahan semasa. Latihan-latihan yang diberikan juga dapat meningkatkan daya saing antara mereka bagi melahirkan kakitangan yang professional, bertanggungjawab dan kompete.

     

    Abu Seman bin Mohammad
  • • Menyelaras dan melaksanakan latihan / kursus / bengkel bagi memenuhi keperluan kompetensi semua kakitangan politeknik samada secara dalaman, luaran, formal dan tidak formal.

    • Menyelaras kursus pendek, kursus terlanggan dan Kursus Secara Sambilan (KSS) di bawah Program Penswastaan Masa (Time Sector Privatisation-TSP). 

    • Menguruskan penempatan pegawai di industri di bawah program Sangkutan Industri Pensyarah.

    • Menguruskan pentadbiran dan urusan penginapan di Mutiara Inn.

    • Menguruskan sewaan fasiliti Politeknik Seberang Perai.

QR-Code dieser Seite

5s  5ssirim

070518
Today Today 57