Diploma Akauntansi

Diploma Akauntansi

Diploma Perakaunan di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi  direka untuk menyediakan bakal graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam disiplin, bidang-bidang perakaunan kewangan, pengauditan, percukaian dan kos dan perakaunan pengurusan serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan komunikasi sesame manusia. Objektif Diploma Perakaunan ini adalah untuk menyediakan pendidikan perakaunan di peringkat professional bagi memenuhi permintaan di kedua-dua sector sama ada di sector awam mahupun swasta.

Tujuan program ini adalah untuk melengkapkan bakal graduan dengan perakaunan dan kemahiran pengurusan dalam alam perniagaan untuk membina kerjaya mereka dalam bidang perakuanan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan serta pendidikan siswazah dan pembelajaran sepanjang hayat. Setiap kursus dalam program perakaunan ini termasuklah pendidikan yang teliti, peperiksaan, pengalaman, pembangunan komunikasi serta keperluan etika. Program ini  direka dan ditanda aras dengan badan-badan perakaunan professional di Malaysia yang mana merupakan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA). Graduan yang mengikuti program ini akan dianugerahkan Diploma Perakaunan oleh institusi tersebut.

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Mendapat 3 kepujian dalam matapelajaran berikut:
    • Matematik atau Matematik Tambahan
    • Mana-mana 2 matapelajaran yang lain yang belum diambil kira

BAHASA PENGANTAR

  • Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

 

PROSPEK KERJAYA

Pelajar yang menamatkan pengajian dalam program ini akan mampu memasuki alam pekerjaan di pelbagai industri. Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang para pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka berkhidmat sebagai:

  •           Penolong Akauntan, Pegawai Akaun atau Penolong Pengawal Kewangan dalam sektor awam mahupun swasta.
  •           Penolong Audit dalam sektor awam dan swasta atau akaun yang dicarter.
  •          Juruteknik Cukai, Pembantu Penilai Cukai Hasil Dalam Negeri, Ejen Firma Cukai dan Firma Perunding Cukai dan Jabatan Cukai Inhouse.
  •           Penolong Penasihat Kewangan, Pegawai dalam Institusi dan Pelaburan Syarikat-syarikat Kewangan
  •          Ahli Akademik
  •           Usahawan
  •           Ejen Sekuriti dan bidang yang berkaitan
  •           Kemajuan yang lebih baik adalah dari segi melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dan Badan-badan Profesional.