Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)

 

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya  DDT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik, buat pilihan program DDT di Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek yang diminati.

Politeknik yang menawarkan trek Software & Application Development :-
• Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
• Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
• Politeknik Seberang Perai
• Politeknik Balik Pulau
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Sultan Idris Shah
• Politeknik Mersing
• Politeknik Muadzam Shah
• Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
• Politeknik Kuala Terengganu
• Politeknik Kuching
• Politeknik Mukah
• Politeknik Besut

Politeknik yang menawarkan trek Networking System :-
• Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
• Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
• Politeknik Seberang Perai
• Politeknik Balik Pulau
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Sultan Idris Shah
• Politeknik Mersing
• Politeknik Muadzam Shah
• Politeknik Kuala Terengganu
• Politeknik Kuching
• Politeknik Mukah

Politeknik yang menawarkan trek Information Security :-
• Politeknik METrO Tasek Gelugor
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Mersing

Politeknik yang menawarkan trek Game Development :-
• Politeknik METrO Kuala Lumpur

 

SYARAT KEMASUKAN

Lepasan SPM(Politeknik Premier)
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
4. Lulus Bahasa Inggeris
5. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Mathematics
c. TIGA (3) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya

6. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Lepasan SPM(Politeknik Konvensional/METrO)
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
5. Lulus Bahasa Inggeris
6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a. Mathematics
b. DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.

Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan selain SPM
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
5. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik bagi lulusan selain Kolej Komuniti dan lulus dalam mata pelajaran Matematik bagi lulusan Kolej Komuniti
6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

1 Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
Sijil Teknologi Maklumat
2 Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
Sijil Aplikasi Perisian Komputer
Sijil Rangkaian Komputer
Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
Sijil Teknologi Maklumat
3 Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
Sijil Teknologi Maklumat
4 Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
5 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3)
Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3)
Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3)
Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3)
Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3)
Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:)
Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3)
Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:)
Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014)

* Sekiranya sijil yang dimiliki tiada dalam senarai diatas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Lulusan APEL
1. Warganegara Malaysia
2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

TEMPOH PENGAJIAN

  • 6 semester

 

PROSPEK KERJAYA

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti:

• Computer Application Programmer
• Internet Programmer
• Web Programmer
• Database Programmer
• System Analysts Assistant
• Software Developer
• Database Administrator
• Software Tester
• System Support Personnel
• Systems Programmer
• Network Support Personnel
• Network Administrator
• IT Supporting Engineer
• Assistant Network Engineer
• Technical Helpdesk / Support