Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum

Syarat-syarat penganugerahan

•    Mendapat keputusan Lulus Penuh (LP) dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) bersamaan atau melebihi 3.50 pada semester akhir pengajian.
•    Telah mencapai Nilai Mata bersamaan atau melebihi daripada 2.00 bagi setiap kursus yang telah diambil
•    Bergiat secara aktif dalam bidang kokurikulum
•    Calon mesti mencapai jumlah markah minimum 80% (dinilai melalui Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum).
•    Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik


Kaedah Pencalonan & Pemilihan

•    Anugerah ini diberikan kepada lulusan terbaik dari jabatan bagi setiap sesi pengajian ketika majlis konvokesyen politeknik
•    Penerima anugerah terdiri daripada seorang penerima sahaja bagi setiap jabatan
•    Keputusan penilaian semua semester, rekod dan sijil kegiatan sukan dan kokurikulum akan diguna pakai sebagai asas pencalonan
•    Jawatankuasa Pemilihan Induk akan membuat pemilihan berdasarkan markah tertinggi dalam Borang Pencalonan Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum.
•    Keputusan Jawatankuasa induk adalah muktamad