Dasar Kualiti
Pihak Pengurusan PSP sentiasa komited untuk membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Oleh itu, dasar SPOP memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif SPOP yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Sehubungan itu, pengurusan pendidikan di PSP akan dilaksanakan dengan mengambil kira dan memastikan segala perancangan dan tindakan yang diambil seperti berikut:
a. Menyokong misi dan visi organisasi,
b. Sesuai dengan tujuan, konteks dan objektif organisasi,
c. Memenuhi keperluan-keperluan yang dikenal pasti,
d. Berteraskan penambahbaikan berterusan,
e. Memenuhi tanggungjawab sosial organisasi,
f. Seiring dengan pembangunan dan perkembangan pendidikan, saintifik dan teknikal,
g. Mematuhi prinsip pengurusan harta intelek dan mengambil kira keperluan dan hasrat pihak berkepentingan organisasi.
.