Sistem Pengajian

Sistem Pengajian

  • Waktu Pengajian:Hari-hari pengajian di politeknik adalah dari hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari kebiasaannya adalah mulai jam 8.15 pagi - 4.15 petang. Waktu rehat ialah dari jam 1.15 petang - 2.15petang. Walaubagaimanapun, pelajar perlu merujuk kepada jadual waktu yang ditetapkan bagi waktu-waktu kuliah, amali dan tutorial bagi kursus-kursus yang diambil. Pelajar juga perlu merujuk kepada pensyarah modul sekiranya ada kuliah tambahan atau perubahan kuliah/amali di luar jangka.
  • Kehadiran: Kehadiran pelajar adalah wajib bagi semua aktiviti kuliah, amali (makmal/bengkel), tutorial, kokurikulum serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan program akademik.
  • Pemberhentian Pengajian:Pelajar yang tidak hadir melebihi 3 hari berturut-turut tanpa kebenaran Ketua Jabatan atau tanpa alasan dan sebab yang munasabah, boleh diberhentikan pengajian di politeknik . Pelajar juga boleh diberhentikan pengajian di politeknik di atas sebab-sebab seperti melanggar peraturan disiplin, tidak menunjukkan kecenderungan atau minat dengan pengajian atau pencapaian peperiksaan yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan.
  • Berhenti/Tangguh Pengajian: Pelajar yang berhasrat untuk berhenti atau menangguh pengajian di atas sebab-sebab tertentu boleh berbuat demikian dengan mengisi borang berhenti pengajian / borang tangguh pengajian. Walaubagaimanapun pelajar diminta merujuk kepada penasihat akademik masing-masing terlebih dahulu.
  • Pendaftaran Kursus:Setiap pelajar diwajibkan mendaftar kursus pada awal semester. Pendaftaran kursus dilakukan selepas pelajar berbincang dengan penasihat akademik masing-masing. Pelajar dikehendaki mendaftar menggunakan borang pendaftaran kursus yang disediakan dan mengemukakannya kepada penasihat akademik. Pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.
  • Pengguguran/Penambahan Kursus: Selepas pendaftaran, pelajar boleh memohon untuk menggugur/menambah kursus. Pengguguran atau penambahan kursus boleh dibuat dengan alasan-alasan yang kukuh dan diperakukan oleh Ketua Jabatan. Pengguguran/penambahan kursus boleh dibuat dengan mengisi borang pengguguran/penambahan kursus dan dihantar kepada penasihat akademik pada tarikh yang ditetapkan.
  • Kuliah:Semua kuliah wajib dihadiri oleh pelajar. Pelajar perlu memenuhi syarat kehadiran kuliah tidak kurang daripada 80% bagi membolehkan pelajar mengambil peperiksaan (bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir) di akhir semester. Surat tunjuk sebab perlu dikemukakan kepada pensyarah kursus berkenaan sekiranya pelajar gagal menghadiri kuliah yang ditetapkan. Kegagalan pelajar melaksanakan tanggungjawab ini boleh menyebabkan pelajar ditahan daripada mengambil peperiksaan di akhir semester.
  • Kerja Amali/Makmal/Bengkel: Selain daripada kuliah, kerja amali di makmal/bengkel adalah sangat penting.Ianya merupakan pelengkap yang memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar mengenai sesuatu kursus yang diambil
  • Sistem Nilaian Mata: Sistem penilaian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan kaedah penilaian kuantitatif prestasi pelajar di dalam sesuatu kursus dan dikenali sebagai Sistem Nilaian Mata (SNM). Mengikut SNM, skor atau mata bagi sesuatu kursus akan diambilkira bagi menetapkan Purata Nilaian Mata (PNM) atau Grade Point Average (GPA) dan Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNM menunjukkan prestasi pelajar bagi semester semasa manakala HPNM pula menunjukkan pencapaian akademik seseorang pelajar di dalam beberapa semester sehingga kini.
  • Tempoh Pengajian: Diploma Lanjutan = 6 hingga 11 semester , Diploma = 5- hingga 9 semester, Sijil = 3 hingga 7 semester
QR-Code dieser Seite

5s  5ssirim

072884
Today Today 21