PSP Sebaris Dengan IPTA Yang Lain 
Politeknik Seberang Perai (PSP) merupakan satu-satunya Politeknik di Malaysia menyertai Konvensyen Inovative & Creative Circle (ICC) Malaysia Productivity Corporation (MPC) Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2010 selain dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PSP diwakili oleh Kumpulan Isotop berjaya terpilih dalam Konvensyen ICC Malaysia Productivity Corporation (MPC) Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan diadakan pada 7 hingga 10 Oktober 2010 di Genting International Convention Center (GICC)(First World Hotel Genting Highlands). Berita Lanjut
SEBUTHARGA 
- Syarikat yang berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga berikut :
- Tajuk : Sebutharga Perolehan 149 Unit Komputer Bagi Kegunaan Pengurusan Akademik Dan Sokongan Akademik Politeknik Seberang Perai.
- Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
PELUANG MENYAMBUNG PELAJARAN KE DIPLOMA LANJUTAN 
- Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Politeknik telah membuka peluang kepada pelajar semester akhir Diploma sesi Julai 2010 untuk memohon Diploma Lanjutan
- Dapatkan Memo hebahan dan iklan untuk maklumat lanjut
- Tarikh Tutup Permohonan adalah 17 September 2010. Permohonan boleh dibuat melalui laman web www.politeknik.edu.my
FIRA WORLD CUP BANGALORE, INDIA 
- Politeknik Seberang Perai bersama Politeknik Ungku Omar telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan Robot Soccer FIRA World Cup bertempat di Bangalore , India pada 15-19 September 2010.
- Pasukan PSP diterajui oleh En Sazali Husin dan 3 pelajar JKE.
- Tahniah diucapkan kepada pasukan PSP dan SEMOGA PULANG DENGAN KEJAYAAN.
PERTANDINGAN REKABENTUK AUTODESK MALAYSIA
KAJIAN ON-LINE KEBERKESANAN LEARNING OBJECT MELALUI APLIKASI CIDOS
- Dimaklumkan satu kajian ke atas learning object dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sedang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Jabatan Pengajian Politenik.
- Sehubungan itu, semua pelajar yang mengambil kursus yang disenaraikan di bawah pada sesi Julai 2010 DIWAJIBKAN memberi menjalani kajian.
- JKM (J5110, J2006, J5106, J3010, J3008)
- JTMK (F4104, F3026, F4105, F3017)
- JP (P2716, P3501, P3117, P1701, P2114, P2201)
- JMSK (B2001, B4001, B1002)
- JPA (A3017)
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Garis Panduan menjalankan kajian.
- Sila dapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah kursus masing-masing.
|
|
Last Updated on Friday, 03 September 2010 01:13 |