Mengenai PSP

LOGO

 
BUCU

4 bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Technical, Vocational, Education & Training.

 
LENGKUNGAN

Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.

 
TULISAN 'POLITEKNIK'

Font yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global.

 
TULISAN 'MALAYSIA'

Font MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan.

 
TULISAN 'POLITEKNIK SEBERANG PERAI'

Cambria Bold pula digunakan bagi perkataan yang mewakili nama Politeknik Seberang Perai.Rupa Huruf jenis serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing. .

 
WARNA

Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna hitam pula mewakili aspek profesionalisma.

 

 

COKMAR

Direkabentuk khas bagi melambangkan sebuah pusat pengajian yang mendidik pelajar dari peringkat asa sehingga ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan. Rekabentuk berupa sebuah menara yang dihiasi kerawang berwarna emas merupakan simbol mercu kejayaan dan ketinggian nilai.

 
BENTUK MENARA

Politeknik merupakan pusat pencarian ilmu dalam bidang sains, teknologi dan perdagangan yang akan membawa pelajar ke kedudukan yang lebih baik. Lambang menara ini juga menggambarkan satu tempat yang boleh memberi pandangan jauh dan luas sekaligus mencerminkan identiti pelajar yang mempunyai wawasan.

 
KERAWANG EMAS

Emas merupakan sejenis logam yang sangat bernilai yang diidamkan oleh semua golongan masyarakat sebagai perhiasan diri.Begitulah apa yang dicari oleh pelajar di politeknik , iaitu ilmu yang amat berharga untuk masa depan. Kerawang yang diukir indah melambangkan kebudayaan kebangsaan yang tidak pernah dilupakan dalam akademik , sahsiah dan semangat cintakan negara.

 

 

 

 

 

 

 

VISI / VISION

Menjadi  institusi  TVET yang unggul.

To become an excellent TVET institution.


MISI / MISSION

1. Membangunkan  graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; 

    Developing well-balanced, entrepreneurial, and holistic graduates;

2. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;

    Providing a wide access to quality and recognized TVET programmes;

3. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan;

    Making full use of smart sharing with stakeholders;

4. Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi serta pembelajaran sepanjang hayat.

    Strengthening community through research, innovation, and lifelong learning.


MATLAMAT PENDIDIKAN / EDUCATION GOALS

Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.

Providing TVET graduates who are holistic, competent and capable of contributing to national development.


MATLAMAT ORGANISASI PSP / PSP ORGANIZATIONAL GOALS

1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ;

    Producing credible and highly sought after TVET graduates who contribute towards the country’s economic development;

2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di Politeknik Seberang Perai (PSP) untuk memenuhi keperluan industri;

    Reinforcing the relevance and responsiveness of programs in PSP to fulfill the industrial demands.

3. Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global.

    Gearing a community towards a harmonious and peaceful globalized world.


TERAS STRATEGIK PSP

Teras 1: Menghasilkan graduan TVET berkualiti

Teras 2: Memantapkan governan yang responsif dan mampan

Teras 3: Memperkaya bakat

Teras 4: Menerajui sistem pendidikan melalui 4.0

Teras 5: Memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti

Teras 6: Membudaya penyelidikan gunaan dan inovasi

 

 

 

Piagam Pelanggan

Pencapaian

Menepati standard piawaian

Melebihi tempoh masa/ tidak memenuhi standard piawai

Jumlah Menepati Standard

% menepati standard

Jumlah melebihi standard

% melebihi standard

Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

       

Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

 1195  100%    

Melaksanakan 100% penyeliaan keatas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester

 1187  100%    

Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 14 hari bekerja selepas semester pengajian berakhir

 3676  100%    

 

 

Kecemerlangan Akademik:

  • Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  • Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf:

  • Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan selama 10 hari setahun

Kecemerlangan Proses:

  • Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

 

 

 1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.

2. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 14 hari bekerja selepas semester pengajian berakhir.

3. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 14 hari bekerja selepas aduan diterima.

3. Melaksanakan 100% penyeliaan keatas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.

Halaman 4 dari 4