[widgetkit id=114]
POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih pelajar-pelajar bidang kejuruteraan, perdagangan, teknologi maklumat dan komunikasi, sentiasa berusaha untuk menyediakan dan memelihara persekitaran dan suasana bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Untuk itu, PSP komited untuk memastikan hal-hal keselamatan dan kesihatan kepada setiap kakitangan, pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan PSP terjaga. Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSP akan memastikan perkara-perkara berikut:
i. Melindungi dan mencegah kematian yang berkaitan dengan aktiviti kerja, bahaya kecacatan, kecederaan, bahaya kesihatan, penyakit, kerosakan harta benda dan persekitaran, nyaris kemalangan dan membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan
ii. Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturannya, semua perundangan dan keperluan yang berkaitan dengan PSP mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
iii. Memastikan dan menggalakkan secara aktif semua kakitangan, pelajar, wakil majikan dan pihak yang berkaitan dengan PSP diberi penerangan dan maklumat mengenai pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
iv. Mengadakan rangkakerja untuk menyediakan dan mengkaji objektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
v. Meningkatkan prestasi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan secara berterusan melalui semakan secara berkala bagi memastikan ianya bersesuaian dan relevan dengan institusi.
Semua kakitangan dan pelajar bertanggungjawab untuk merealisasikan budaya kerja selamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP.
Hj. Zulkifli b. Ariffin
Pengarah,
Politeknik Seberang Perai
15 Disember 2015
• Surat Pekeliling Arahan Pematuhan OSHA
Bil | Dokumen Kualiti PSP | Nama Dokumen |
1. | Polisi KKP PSP |
Polisi KKP PSP |
2. | Sistem Pengurusan KKP,PSP |
Jawatankuasa KKP PSP |
Unit Hazad | ||
Emergency Response Team | ||
3. | Dokumen |
Dokumen KKP, PSP (Prosedur dan Rekod) |
4 | Emergency Preparedness | Emergency Preparedness |
5. | Akta |
A1441 - Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2012 |
127 - Akta Kualiti Alam Sekeliling | ||
139 - Akta Kilang dan Jentera | ||
341 - Akta Perkhidmatan Bomba | ||
514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan |