Soalan Lazim
Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai?
|
Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus peringkat Diploma. Diploma meliputi kursus bidang elektrikal, mekanikal dan perdagangan.
|
Berapakah tempoh pengajian bagi kursus Diploma |
Tempoh pengajian bagi Diploma adalah selama 6 semester. Namun, tempoh pengajian adalah berbeza mengikut pelajar terutamanya pelajar carry module.
|
Adakah Politeknik Seberang Perai menawarkan kursus separuh masa? |
Ya, Politeknik Seberang Perai menawarkan Kursus Separuh Masa.
|
Adakah pelajar layak mendapat biasiswa atau pinjaman pengajian? |
Ya, hanya pelajar peringkat Diploma sahaja layak memohon biasiswa dan pinjaman dari badan-badan tertentu seperti PTPTN dan JPA.
|
Adakah pelajar layak mendapat pindahan kredit? |
Pelajar layak mendapat pindahan kredit berdasarkan kepada kelulusan Unit Peperiksaan, Politeknik Seberang Perai.
|
Apakah syarat-syarat untuk mengikuti pengajian di Politeknik Seberang Perai? |
Syarat-syarat adalah berbeza berdasarkan kepada peringkat lulusan dan kursus yang dimohon. Sila layari www.politeknik.edu.my sebagai panduan.
|
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan di Politeknik Seberang Perai?
|
Permohonan adalah secara online melalui laman web www.politeknik.edu.my dan tawaran kemasukan hanya akan diiklankan sebanyak 2 kali setahun.
|
Bagaimana untuk menghubungi pegawai Politeknik Seberang Perai yang bertanggungjawab jika terdapat pertanyaan atau soalan yang tidak disenaraikan?
|
Jika terdapat pertanyaan atau soalan selain soalan lazim ini, tuan/puan boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelangggan di Politeknik Seberang Perai melalui :
Talian Telefon : 04-5383322 |
.