Artikel

Email MyGovUC2.0

PENGENALAN:

Komunikasi bersepadu MyGovUC 2.0 adalah bermaksud perkhidmatan yang terdiri daripada pelbagai saluran komunikasi seperti e-mel, persidangan dalam talian, penghantaran fail bersaiz besar dan perbualan secara berkumpulan.

Pelaksanaan Solusi Baharu (PSB) MyGovUC 2.0 telah dilaksanakan secara berperingkat ke semua agensi bermula November 2021. Pelaksanaan PSB MyGovUC 2.0 adalah secara Software As A Service (SaaS) berasaskan cloud. Pelaksanaan PSB bertujuan memastikan perkhidmatan gunasama MyGovUC 2.0 adalah selamat, tersedia dan digunapakai sepenuhnya oleh semua penjawat awam bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Mulai 11/01/2022, sila Log masuk ke Google Workspace - GWS MyGovUC2.0 : https://mail.mygovuc.gov.my/

Manual MyGovUC 2.0 boleh dicapai melalui portal MyGovUC 2.0 : Manual MyGovUC 2.0 (https://mygovuc.gov.my/myGovUc/manual-mygovuc-2-0/#toggle-id-10)

Pengguna boleh  menyertai Latihan secara dalam talian dan Pembelajaran Kendiri berkaitan perhidmatan MyGovUC 2.0 melalui Learning Management System -LMS yang telah disediakan oleh pihak MyGovUC : Manual Learning Management System -LMS (https://mygovuc.gov.my/myGovUc/wp-content/uploads/2022/08/Manual-Learning-Management-System-LMS-Versi-1.0.pdf)