Artikel

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Pentadbiran berfungsi bagi merancang dan mengendalikan hal ehwal pentadbiran, pengurusan staf  dan pelajar, infrastruktur dan juga kewangan secara cekap dan efisien.
Selain itu, ia berfungsi dalam memastikan hal ehwal pentadbiran, pengurusan servis, kewangan dan akaun di jalankan mengikut prosedur dan arahan yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Politeknik Seberang Perai atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Bahagian ini di bahagikan kepada dua unit iaitu Sumber Manusia dan Kewangan yang di ketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif Kanan dan Penolong Akauntan. Unit Sumber Manusia memproses perlantikan staf, pengesahan jawatan, kemasukan ke dalam skim pencen, kenaikan pangkat , semua jenis cuti dan juga Sistem Personal Jabatan(SISPEN). Manakala, Unit Kewangan menguruskan perolehan sumber dan bajet.