Perkhidmatan Perpustakaan PDF Print E-mail
There are no translations available.


Perkhidmatan Sirkulasi

1.     Pinjaman            
Perkhidmatan pinjaman disediakan kepada pengguna perpustakaan mengikut kategori pengguna. Untuk maklumat lanjut, sila
klik di sini

2.     Perkhidmatan tempahan buku              
Pengguna boleh membuat tempahan buku bagi buku yang sedang dipinjam dengan mengisi borang di kaunter perkhidmatan.  Buku yang ditempah akan disimpan selama 3 hari di kaunter perkhidmatan sebelum dikembalikan ke rak sekiranya tidak dituntut.     


Perkhidmatan Rujukan 

1. Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat              
Perkhidmatan ini membantu secara asas pengguna dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan perpustakaan disamping membantu penggunaan. 

2. Perkhidmatan Kesedaran Semasa                     
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pemberitahuan buku-buku baru melalui OPAC perpustakaan. 

3.     Perkhidmatan Internet                 
Perkhidmatan Internet disediakan di aras bawah perpustakaan.  Sebanyak 12 terminal disediakan untuk pengaksesan Internet.   

4.     Sistem Pembekalan Penerbitan               
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) merupakan perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tidak ada di Perpustakaan PSP.  Pengguna boleh menyemak di
OPAC perpustakaan di Malaysia. Borang permohonan SPP boleh didapati di kaunter perkhidmatan atau klik di sini untuk muat turun borang.

5.     Buku-buku Baru              
Rak pameran ini terletak di ruang hadapan perpustakaan yang bertujuan untuk menarik perhatiaan pengguna kepada buku-buku baru yang diperolehi oleh perpustakaan. Buku-buku baru dipamerkan selama 1 minggu sebelum diganti dengan kumpulan buku-buku baru yang lain.  Pengguna boleh meminjam buku baru ini hanya selepas tempoh pameran tersebut. Walau bagaimanapun sewaktu dalam tempoh pameran, pengguna boleh mnempah buku-buku tersebut. 

6.     Pusat Penyerahan Bahan Organisasi 
Perpustakaan merupakan Pusat Penyerahan Bahan Organisasi di mana bahan-bahan seperti kertas projek pelajar, modul dan bahan terbitan PSP disimpan untuk rujukan pengguna.  

7.     Perkhidmatan Mylib                    
Perkhidmatan Mylib adalah satu gerbang ilmu yang menyediakan sumber maklumat elektronik dari pangkalan data komersial dan terbitan kerajaan.  Ia turut menyediakan capaian kepada tesis, abstrak dan indeks.  Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari laman web
http://mylib.pnm.my  

8.    Sistem Katalog Atas Talian (WebOPAC)
WebOPAC memudahkan pencarian bahan perpustakaan.  Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai ketersediaan bahan perpustakaan melalui WebOPAC dengan melayari http://opac.psp.edu.my/
atau melalui laman web PSP (Menu e-Aplikasi).    


Pendidikan Pengguna

 
1.         Taklimat Perpustakaan                
2.         Pengaksesan Web OPAC                       
3.         Sesi Kemahiran Maklumat                       
4.         Pameran Berkala                        
5.         Kuiz Literasi Maklumat