- Super User
- Kategori Pengguna
- Jumlah paparan: 3285
Dokumen Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (SPKKP)
Kampus Politeknik Seberang Perai (PSP) diliputi oleh kemudahan Wi-Fi di beberapa kawasan untuk kegunaan pelajar.
Secara umumnya, terdapat 2 liputan Wi-Fi iaitu :
1. PSP Student
Liputan : Jabatan Akademik
Klik di sini untuk melihat Kawasan Liputan Wi-Fi di PSP
* Pertanyaan & aduan berkaitan Wi-Fi PSP Student boleh dilakukan di Telegram : Bantuan WiFi PSP
2. mYFi Hotspot
Disediakan dengan kerjasama Koperasi Politeknik Seberang Perai bersama syarikat Eqsys Resources
Liputan : Kamsis & cafe kamsis
Tatacara : pelajar boleh dapatkan slip akaun melalui pautan di laman log masuk mYFi HotSpot
Sebarang pertanyaan boleh hubungi https://t.me/myfipspbot
Unit CIMT
Politeknik Seberang Perai (PSP)
PENGINAPAN
Penginapan di Kolej Kediaman Pelajar
1. Kemudahan penginapan di dalam kampus disediakan untuk pelajar lelaki dan wanita di kamsis. Oleh kerana bilangan tempat yang terhad, maka keutamaan kemudahan ini diberi kepada pelajar semester satu dan pelajar-pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar yang memerlukan penginapan di kamsis boleh memohon kepada Ketua Warden untuk pertimbangan.
Penginapan di Luar (Rumah Sewa)
2. Kebanyakan pelajar Politeknik Seberang Perai menginap di luar kampus dengan menyewa rumah-rumah sewa yang ada di persekitaran kampus Politeknik Seberang Perai. Terdapat pemilik-pemilik rumah sewa yang meninggalkan maklumat atau iklan tentang rumah sewa mereka di Jabatan Hal Ehwal Pelajar
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kesihatan
1. Semua pelajar politeknik layak mendapat rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan. Bagi pelajar yang memerlukan rawatan di Hospital/Pusat Kesihatan Kerajaan, sila dapatkan surat pengesahan pelajar politeknik untuk tujuan rawatan di jabatan akademik induk melalui Penasihat Akademik masing-masing atau di kamsis melalui Warden.
Insurans
2. Semua pelajar berdaftar di Politeknik Seberang Perai adalah dilindungi oleh insuran secara berkelompok.
KESELAMATAN
1. Untuk tujuan keselamatan, semua kawasan pejabat, jabatan akademik, unit, bilik kuliah, makmal/bengkel, dewan serbaguna, dewan kuliah dan lain-lain kawasan yang diistiharkan, adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar selepas jam 7.00 petang.
2. Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengawal dan jabatan/unit sekiranya perlu berada di kawasan yang disebutkan untuk apa tujuan sekalipun.
Halaman 2 dari 3