Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)


SINOPSIS MODUL

SEMESTER 1

A 4003  - ENGLISH FOR TECHNICAL PURPOSES 4

The English Language Syllabuses developed for Technical and Commercial Purposes contain skills that are generally common to both, with a few exceptions such as the skill of writing of minutes, which our survey showed was more relevant to Commercial than Technical students.  However, in the implementation of syllabuses, the teaching approach taken is the ESP approach.  Thus the materials and the pedagogy used in the English for Technical and the Commercial classrooms will differ because of the differences in the nature of subject content and skill focuses between them.

B 4001 – MATEMATIK KEJURUTERAAN 4

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kembangan binomial, siri, vector dan scalar, pecahan separa, jelmaan Laplace dan persamaan tak linear.

J 4121 – AMALAN BENGKEL PEMBUATAN 2

Mata pelajaran ini antara lain mendedahkan kepada pelajar untuk mengendalikan mesin peraut, mesin pembentuk, mesin canai, mesin gerek dan mesin pemotong oksi-asitilin automatik serta pemeriksaan dan ujian kimpal secara berkesan. Pelajar juga dapat menyediakan aturcara dan mengendalikan mesin EDM dan mesin CNC; menguji kerja dengan menggunakan alat ukur dan tolok yang jitu; menyediakan aturcara menggunakan kaedah ‘lead through’, luar talian dan manipulasi robot dan mengendalikan mesin-mesin kimpalan khusus dan membuat sambungan-sambungan asas.

J 4122 – TEKNOLOGI BAHAN 2

Mata pelajaran ini  antara lain mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis logam, pancalogam dan bahan bukan logam, yang biasa digunakan dalam bidang kejuruteraan.

J 4807  - LUKISAN TERBANTU KOMPUTER 2

Setelah mengikuti modul ini, pelajar akan dapat mengendalikan  lukisan terbantu komputer pada peringkat lanjutan yang melibatkan aspek seperti pemodelan 3D, UCS, blok dan pustaka blok dan pelangganan menu.

SEMESTER 2

J 4011 – PNEUMATIK & HADRAULIK

Setelah mengikuti modul ini, para pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kepentingan peralatan dan rekabentuk litar serta penggunaannya di dalam sector industri. 

J 4123 – REKABENTUK / PEMBUATAN TERBANTU KOMPUTER

Setelah mempelajari modul reka bentuk/pembuatan terbantu komputer, pelajar akan dapat memahami, mengenalpasti dan menggunakan elemen-elemen rekabentuk terbantu komputer (CAD) dan pembuatan terbantu komputer (CAM) dalam proses merekabentuk.

J 4125 – AUTOMASI PERINDUSTRIAN & ROBOTIK

Setelah mengikuti modul ini, pelajar-pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai asas-asas robot. Pelajar juga akan berkeupayaan memilih robot yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu kerja dan juga mengetahui aspek keselamatannya.

J 4006 – PENGATURCARAAN KOMPUTER

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Visual Basic dari peingkat awalan hingga ke tahap upaya menyediakan aturcara yang mudah.

SEMESTER 3

A 5003 – ENGLISH FOR TECHNICAL PURPOSES 5

The English Language Syllabuses developed for Technical and Commercial Purposes contain skills that are generally common to both, with a few exceptions such as the skill of writing of minutes, which our survey showed was more relevant to Commercial than Technical students.  However, in the implementation of syllabuses, the teaching approach taken is the ESP approach.  Thus the materials and the pedagogy used in the English for Technical and the Commercial classrooms will differ because of the differences in the nature of subject content and skill focuses between them.

B 5001 – MATEMATIK KEJURUTERAAN 5

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi hiperbola dan trigonometri songsang, pembezaan lanjutan, pengamiran lanjutan dan persamaan perbezaan.

J 5811 – REKABENTUK ALAT

Membolehkan pelajar memahami prinsip rekabentuk peralatan dengan merujuk kepada jig dan kelekapan, perkakas tekan, alat pembentuk untuk bahan plastik dan penggunaan rekabentuk.

J 5127 – KAWALAN PEMBUATAN

Memahami konsep asas berkaitan kawalan pembuatan. Mendalami kefahaman dan penggunaan konsep penggurusan, perancangan dan prosedur kawalan dalam pembuatan.

SEMESTER 4

J 5124 – KAWALAN KUALITI

Setelah mempelajari modul Kawalan Kualiti pelajar akan memahami prinsip asas dan boleh mempraktikkan kaedah serta teknik kawalan kualiti. 

J 5012 – PROJEK

Melatih pelajar-pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang di pelajari daripada kuliah dan amali di bengkel atau makmal serta digabungjalin dan ide-ide atau dapatan yang sesuai untuk menghasilkan salah satu projek kejuruteraan secara berkumpulan daripada mana-mana bidang-bidang berikut :-

  • Rekabentuk (Design)
  • Kajian dan penyelidikan (R&D)
  • Ujian/ujikaji makmal (Laboratory test)
  • Pembuatan (Fabrication)
  • Kajian pembacaan atau/dan internet (literature research or/and internet)
  • Pengaturcaraan/membina perisian (programming/software)

J 5126 – EKONOMI PEMBUATAN

Selepas mempelajari mata pelajaran ini, pelajar dapat memahami jenis-jenis kos yang terlibat dalam industri pembuatan.

J 4101 – REKABENTUK KEJURUTERAAN

Mata pelajaran ini melangkapkan pelajar dengan asas-asas dalam rekabentuk kejuruteraan. Penekanan diberi kepada perkiraan rekabentuk bagi komponen-komponen mudah dalam kejuruteraan.