Artikel

Kaedah dan Garis Panduan Penggunaan Wireless

Kampus Politeknik Seberang Perai (PSP) diliputi oleh kemudahan Wifi di beberapa kawasan. Secara umumnya, terdapat dua liputan wifi iaitu :

  1. PSP Access
  2. PSP Wifi


Penggunaan PSP Access

  • Semua pelajar hanya perlu datang ke Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Unit ICT) untuk mendapatkan userid dan password . Pejabat UICT adalah bersebelah Makmal Am 1, Bangunan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
  • Kawasan yang diliputi PSP ACCESS ialah :
    • Jabatan Akademik
    • Bangunan Pentadbiran/ HEP
    • Perpustakaan
    • UIDM
    • DSM


Penggunaan PSP Wifi

  • Semua pelajar Kolej Kediaman Pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan Wireless (PSP WIFI) perlu mengisi borang pendaftaran wifi. Pelajar boleh dapatkan borang daripada Unit ICT atau memuatturun borang di sini.
  • Borang hendaklah disahkan oleh Pejabat Asrama.
  • Setelah borang disahkan, sila datang ke Unit ICT dengan membawa borang dan komputer riba/netbook/ipad. Username dan password akan diberikan setelah semua proses selesai.
  • Kawasan yang diliputi PSP WIFI ialah :
    • Nurani 1 & 2
    • Bestari 2, 3 & 4
    • Cafeteria Kolej Kediaman Pelajar


Penggunaan Panduan Penggunaan Wireless