Articles

 POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) adalah sebuah institusi pengajian tinggi  yang melatih pelajar-pelajar bidang kejuruteraan, perdagangan, teknologi maklumat dan komunikasi, sentiasa berusaha untuk menyediakan dan memelihara persekitaran dan suasana bekerja yang selamat, sihat, bersih, indah dan ceria. Untuk itu, PSP komited untuk  memastikan hal-hal keselamatan dan kesihatan kepada setiap kakitangan, pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan PSP terjaga. Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan PSP akan memastikan perkara-perkara berikut:


i.   Melindungi dan mencegah kematian yang berkaitan dengan aktiviti kerja, bahaya kecacatan, kecederaan, bahaya kesihatan, penyakit, kerosakan harta benda dan persekitaran, nyaris kemalangan dan membuat penambahbaikan secara berterusan terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan


ii.   Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturannya, semua perundangan dan keperluan yang berkaitan dengan PSP mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


iii.   Memastikan dan menggalakkan secara aktif semua kakitangan, pelajar, wakil majikan dan pihak yang berkaitan dengan PSP diberi penerangan dan maklumat mengenai pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


iv.   Mengadakan rangkakerja untuk menyediakan dan mengkaji objektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.


v.   Meningkatkan prestasi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan secara berterusan melalui semakan secara berkala bagi memastikan ianya  bersesuaian dan relevan dengan institusi.


Semua kakitangan dan pelajar bertanggungjawab untuk merealisasikan budaya kerja selamat dan sihat dengan penuh iltizam seperti mana yang terkandung dalam Manual Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PSP.


Hj. Zulkifli b. Ariffin
Pengarah,
Politeknik Seberang Perai
15 Disember  2015

 

Surat Pekeliling Arahan Pematuhan OSHA

Kempen Reverse Parking

Bil Dokumen Kualiti PSP Nama Dokumen
1. Polisi KKP PSP
Polisi KKP PSP
2. Sistem Pengurusan KKP,PSP
Jawatankuasa KKP PSP
Unit Hazad
Emergency Response Team
3. Dokumen
Dokumen KKP, PSP (Prosedur dan Rekod)
4 Emergency Preparedness Emergency Preparedness
5. Akta
A1441 - Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2012
127 - Akta Kualiti Alam Sekeliling
139 - Akta Kilang dan Jentera
341 - Akta Perkhidmatan Bomba
514 - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan