Artikel

Unit Perpustakaan

Perpustakaan Politeknik Seberang Perai memainkan peranan penting di dalam menyediakan kemudahan bagi menyokong dan membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajian. Dengan keluasan lantai 3000 meter persegi, perpustakaan Politeknik Seberang Perai berupaya menampung 800 orang pengguna pada satu masa, Perpustakaan telah memulakan operasinya kepada pengguna mulai 19 Julai 1999 dan mula memberi perkhidmatan pinjaman pada 25 Oktober 1999.

Perpustakaan telah menyediakan lebih 50,000 sumber koleksi bahan rujukan termasuklah sumber elektronik merangkumi pelbagai bidang-bidang berkaitan dan kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Seberang Perai.  

Sistem pengkelasan yang digunapakai ialah Library of Congress (LC). Manakala sistem pengurusan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan dikenali sebagai Sistem KOHA yang merupakan satu Sistem Maklumat Perpustakaan Bersepadu yang berasaskan kepada perisian sumber terbuka (open source). Sistem ini telah dibangunkan mengikut protokol dan piawaian perpustakaan bagi memastikan ianya bersesuaian, mampu berfungsi dan boleh diintegrasi dengan sistem-sistem lain yang digunakan.
Pengguna boleh merujuk segala maklumat berkenaan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai di http://www.psp.edu.my/library/ sebagai rujukan dan panduan.