Artikel

Unit Psikologi & Kerjaya

Sejarah perkhidmatan bimbingan kaunseling di negara kita telah bermula sejak tahun 1962. Sejak daripada itu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan. Sehingga kini perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah di perluaskan disemua peringkat termasuk kementerian, jabatan , institusi pengajian sama ada disekolah sehinggalah ke universiti, perkhidmatan ini begitu sinonim dengan pelajar.

Menyedari akan kepentingan sistem sokongan ini kepada para pelajar maka Unit Kaunseling & Kerjaya diwujudkan bagi menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan yang berkaitan kepada para pelajar.

Objektif Bimbingan dan Kaunseling

1. Mengenal diri sendiri supaya dapat berkembang secara positif dan meningkatkan potensi diri ke tahap maksimum.

2. Menolong pelajar agar stabil daripada segi jasmani , emosi , rohani , intelek dan sosial.

3. Memperkasakan semangat, cita-cita tinggi dan sifat mulia untuk berjaya dalam kehidupan.

 

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING & KERJAYA

Berjumpa dengan kauselor tidaklah sesusah yang difikirkan. Datang sajalah ke bilik kaunseling, pelajar boleh membuat temujanji atau meninggalkan mesej jika kaunselor bertugas di tempat lain. Dengan sistem teknologi maklumat yang canggih para pelajar boleh e-mail sebarang mesej kepada kaunselor asalkan ia berhemah sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Atau hubungi dengan penyelaras kaunseling dan pensyarah jabatan. Jangan fikir semua kita tahu, kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita tahu.

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Carta Organisasi : Unit Psikologi & Kerjaya

Unit Kaunseling akan beroperasi mengikut waktu pejabat dan hari perkuliahan. pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan bimbingan kauseling dan kerjaya pada masa berikut :

Hari Masa

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 12.45 tengah hari

 

2.00 - 4.15 petang 

Jumaat

8.00 pagi - 12.00 tengah hari

  3.00 - 4.15 petang 


*cuti pada hari Sabtu,Ahad dan cuti umum yang lain