Artikel

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat baginda. Jabatan Kejuruteraan Elektrik merupakan salah satu dari 4 jabatan induk di PSP, yang menawarkan peluang pendidikan berkualiti kepada pelajar menerusi ilmu yang luas umumnya dalam bidang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Selaras dengan keperluan industri, pelajar-pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang menerapkan pengetahuan dan kaedah saintifik serta kejuruteraan secara teori dan praktikal bagi mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Pendedahan yang relevan kepada tugasan sebenar, pelbagai projek Inovatif dan Kreativiti serta kemahiran juga dibangunkan semasa melaksanakan projek dan semasa menjalani latihan industri pada semester terakhir mereka.

    Wassalamu'alaikum.

    Junainah Binti Abdul Kadir
  • JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, PSP merupakan salah satu jabatan induk yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memberikan pendedahan ilmu kejuruteraan elektrik kepada pelajar bagi melahirkan graduan separa professional yang berketrampilan dan berdaya saing. JKE diterajui oleh seorang Ketua Jabatan serta dibantu oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrikronik (Komunikasi), Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta pasukan pensyarah yang mahir dan berpengalaman. Jabatan Kejuruteraan Elektrik juga menyediakan suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan bersifat holistik. Di antara prasarana yang terdapat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah Makmal Peralatan & Baikpulih Komputer, Makmal Autocad, Makmal Elektronik, Makmal Prinsip Elektrik, Makmal Elektrik, Bengkel Pemasangan dan Pendawaian, Makmal Fiber Optik dan Rangkaian, Makmal Mikropemproses, Makmal Elektrik Kuasa, Bengkel Projek, Robotic Centre, Bilik Kuliah dan Dewan Kuliah. 
     
    Program-program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik: 
    a) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) – DTK (MQA/FA 3279)
    b) Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) – DEP (MQA/FA 0974)
    c) Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik – DEE (MQA/FA9036)
  • 1. Mempraktikkan juruteknik dalam bidang berkaitan kejuruteraan elektrik
    2. Menyumbang kepada masyarakat dengan etika dan tanggungjawab profesional
    3. Melibatkan diri dalam aktiviti yang berdaya maju yang menggunakan pengetahuan kejuruteraan dan kemahiran teknikal
    4. Melibatkan diri dalam aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan untuk kemajuan kerjaya yang berjaya
  • VISI

    Menjadi Institusi TVET yang unggul.


    MISI

    1. Membangunkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang;

    2. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;

    3. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan;

    4. Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi serta pembelajaran sepanjang hayat.